Friday, October 1, 2010

Majlis Baca Yasin & Solat Hajat PMR SPM 2010

Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Bestari pada 30 September 2010. Majlis ini telah dihadiri oleh AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa serta calon PMR dan SPM. Majlis bermula se awal jam 6.30 petang. Sebelum Solat Maghrib, majlis tazkirah telah diadakan. Majlis ini telah dipimpin oleh Imam Masjid Jamek Bandar Seri Jempol.



,

Selesai Solat Maghrib, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat telah dilakukan. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah. Selesai solat Isyak, jamuan makan telah diadakan di Dataran Anjung Khadijah. Jamuan yang diwarnai dengan pelbagai lauk-pauk yang telah disumbangkan oleh ibu bapa, guru-guru serta pelajar. Majlis berakhir pada jam 9.45 malam.

Semoga majlis seumpama ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Kerja sama ibu bapa dalam menjayakan majlis ini amat menggalakkan dan sangat-sangat dialu-alukan. Terima kasih daun keladi...

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan