Wednesday, July 6, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 2011 smkbbs

Warga SMK Bandar Baru Serting telah turut sama menjayakan Larian 1M 1S pada 2 Julai 2011. Semua warga sekolah telah mula berhimpun di Dewan Bestari seawal jam 6.45 pagi untuk sesi pendaftaran. Setelah pendaftaran, larian sejauh 2 kilometer telah dimulakan  pada jam 7.45 pagi.

Sesi pendaftaran
Penggerak utama program, Cikgu Khairulsham Noh
Pendaftaran guru
Sesi memanaskan badan
Tuan Pengetua turut serta dalam program

Selepas berehat, sesi persekolahan pada hari tersebut diteruskan dengan aktiviti  penerangan dan demonstrasi asas-asas pertolongan cemas yang dikendalikan oleh Cikgu Shaik Abdul Rahim. Pelajar telah diberi taklimat dan tunjuk cara pertolongan cemas.

Cikgu Shaik, peneraju utama asas pertolongan cemas

 
 
 
Majlis ini diakhiri dengan aktiviti cabutan nombor bertuah berdasarkan nombor yang diberikan kepada pelajar semasa larian. Majlis berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

 

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan