Friday, July 1, 2011

Sambutan Isra' Mikraj smkbbs 1432 Hijrah

Sambutan majlis sempena Isra' Mikraj smkbbs telah berlangsung pada Jumaat, 1 Julai 2011 bertempat di Dewan Bestari sekolah, bermula jam 10.30 pagi. Penceramah undangan ialah Tuan Hj Hamdan B Hj Harun, Iman Masjid Karyah Serting Ilir dan juga merupakan  Guru Ta'mir Jempol. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan persembahan pelajar.

Guru dan pelajar berhimpun di Dewan Bestari
Ceramah beliau kali ini berkisar tentang perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra' dan Mikraj dan hubungkaitnya dengan kehidupan harian masa kini. Pelajar diingatkan tentang kepentingan solat dan pentingnya menjaga solat. Selain itu, dalam keghairahan mencari nikmat dunia, jangan sesekali melupakan tujuan manusia ini dicipta oleh Tuhan, iaitu untuk menyembah dan mengesakan-Nya. Majlis ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Semoga apa yang didengar akan menjadi amalan kita. InsyaAllah.

Penceramah jemputan, Tn Hj Hamdan Hj Harun
Antara guru-guru wanita yang hadir mendengar ceramah

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan