Saturday, January 29, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan - Ketua-Ketua Panitia

Program ini telah dijalankan pada 29 hb Januari 2011, Sabtu, bertempat di Bilik Mesyuarat SMKBBS. Kursus ini bertujuan memberi info baru kepada ketua panitia baru selain mengimbas semula peranan Ketua-ketua Panitia bagi guru-guru yang lama. Sesi taklimat dan penerangan dibahagikan kepada dua iaitu sesi Pekeliling berkaitan Ketua Panitia dan sesi kedua berkait dengan  peranan dan tugas ketua panitia sebagai penghubung kurikulum di antara pihak pengurusan dan guru-guru mata pelajaran.
      Kursus ini dikendalikaan oleh Pn Zainon Idris (PK1) dan Pn Azizah Razali (KB Sains & Matematik). Majlis yang bermula pada jam 8.30 ini telah berakhir pada jam 12.00. Semua ketua panitia memberi komitmen penuh dan hadir dalam program ini. Adalah diharapkan kursus ini dapat diberikan kepada  guru-guru yang lain kerana pada asasnya mereka juga bakal menjadi ketua panitia suatu hari nanti..


Thursday, January 27, 2011

Program Kecemerlangan 2011

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Bestari pada 26 Januari 2011. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan akhir tahun 2010.
      Anugerah kecemerlangan dikategorikan kepada pelajar yang mendapat tempat pertama, kedua, dan ketiga dalam tingkatan. Seterusnya anugerah juga diberi kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam setiap subjek.
      Pengerusi PIBG SMKBBS, Encik Ithnin Saari  merasmikan majlis ini. Beliau juga telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar berkenaan. Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya, dan kepada pelajar yang lain, beliau mengingatkan agar berusaha bersungguh-sungguh. Mereka juga perlu hadir ke kelas tambahan yang diadakan, dan tidak ponteng sekolah.

Penonton bersedia sebelum majlis bermula

Antara pelajar yang menerima hadiah daripada Pengetua

Berposing bersama guru pembimbing sebelum majlis bermula

Pelajar ceria ketika menerima hadiah

Sebahagian pelajar sedang menunggu majlis bermula
Pengerusi PIBG sudi menyampaikan hadiah

Antara pelajar yang menerima hadiah terbaik subjek

Pelajar sedang memepersembahkan tarian tradisional
      Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan sajak dan tarian tradisional daripada pelajar. Majlis tamat pada jam 2.00 petang.

Monday, January 24, 2011

Kejohanan Merentas Desa 2011

Pada Jumaat, 21 Jan 2011 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Sekolah 2011. Proram bermula se awal jam 7.30 pagi. Larian bermula pada jam 8.30 pagi. Larian tamat pada jam 10.00 pagi. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada jam 11.00


Memanaskan badan sebelum larian
 
Menunggu detik  untuk berlari
Tuan Pengetua bersedia untuk melepaskan pelajar berlari
Masih segar kerana larian baru bermula
Ketua Rumah Laksamana, Cik Muzzalina menerima Piala
Johan Keseluruhan Merentas Desa
daripada Tn Hj Ismail. Alias, PK Ko Kurikulum  SMKBBS

Juara pada tahun ini ialah Rumah Laksamana.(100 mata), Naib Johan ialah Rumah Syahbandar  (75 mata),  diikuti oleh Temenggung (50 mata)  dan ke empat, Bendahara (25 mata). Mata yang diperolehi akan dihimpunkan dengan kutipan mata semasa Temasya Olahraga Tahunan Sekolah yang bakal berlangsung pada Februari hadapan. Selamat bertanding secara sihat di hari sukan nanti.......

Wednesday, January 12, 2011

Janji Kami - Di sini Kami Memburu Kecemerlangan

SMK Bandar Baru Serting bukanlah sebuah sekolah khas. Pencapaian akademik asal pelajar adalah normal. Ada yang bijak dan ada yang lemah, hatta ada juga juga yang lemah menulis dan membaca.
       Di sini, guru-guru melayan pelajar sama rata. Yang bijak diberi pengukuhan, yang lemah dibimbing. Pelbagai program diatur untuk mereka mencipta kecemerlangan. Yang ingin berjaya,  dibantu dan disokong. Yang lemah, dibimbing untuk mendapat yang lebih baik.

Paparan Banner - "Kami Memburu Kecemerlangan"
       Keputusan PMR 2010 menunjukkan apa yang dibuat oleh guru-guru sekolah ini adalah betul dan tepat. Sekolah harian biasa ini terbukti mampu melahirkan 8 orang pelajar 8 A, sementara 10 orang mendapat 7A. Bukanlah sesuatu yang aneh, apabila SMKBBS mampu mengekalkan kecemerlangan pelajar-pelajarnya. 

Wajah-wajah  Ceria Pelajar 8A  PMR 2010-
Mereka Mampu Mencipta Nama Dan Kecemerlangan
Pelajar 7A bersama ibu bapa
       Kepada pelajar yang berada di sekolah ini, teruskanlah usaha-usaha anda. Tidak perlu lagi tercari-cari sekolah yang lain, kerana anda telah berada di tempat yang betul. Kepada pelajar yang lain, jika anda merasa anda ingin mencipta kecemerlangan bersama kami, datanglah ke sini. Kami akan membantu anda mencipta kecemerlangan

Pintu SMKBBS sentiasa terbuka untuk semua pelajar mencipta kejayaan







Friday, January 7, 2011

Minggu Suai Kenal Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 2011

Majlis suai kenal telah bermula pada Isnin 3 Januari dan majlis penutup akan berlangsung pada Isnin 10 Januari 2011. Pada hari Isnin dan Selasa, pelajar Ting 4 telah menjalani program tersebut.  Pelbagai ceramah diatur dan disampaikan. Antaranya ialah memperkenalkan subjek untuk SPM dan  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

GPM sedang memberi penerangan tentang PSS sekolah

Majlis suai kenal untuk pelajar baru Ting 1 pula bermula pada Rabu 5 Januari. Antara pengisian program tersebut ialah pengenalan kepada sekolah, ceramah disiplin, Komsas, PLBS, serta subjek yang perlu dipelajari. Selain itu pelajar juga dibawa mengenali lokasi bilik-bilik khas, makmal sains, makmal komputer dan segala kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Majlis penutup program ini disempurnakan oleh Tuan Pengetua,  Encik Abd Halim B Md Yunus.

Sebahagian pelajar Tingkatan 1 sedang tekun mendengar penerangan

Saturday, January 1, 2011

Mesyuarat Guru Pertama 2011 dan Tazkirah

Mesyuarat Guru kali pertama bagi sesi 2011 telah berlangsung pada 30 Disember 2010. Majlis bermula se awal jam 8.30 pagi. Mesyuarat kali ini dimulai dengan program kerohanian berupa tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain Bin Itam dari Maahad Ahmadi Gemenceh. Tajuk tazkirah beliau ialah 'Kerjaya Guru Suatu Ibadah'.
     Tugas guru boleh menjadi suatu ibadah jika guru mempunyai persediaan dari segi rohani., iaitu antaranya guru perlu menjaga hubungannya dengan Allah, ikhlas dan mendoakan pelajarnya. Selain itu guru perlu mengawal emosi, tekun dan sabar. Guru juga perlu mendalami bidang masing-masing dan menjaga kesihatan mereka sebaiknya.

Ustaz Zulkarnain sedang memberikan ceramah
Guru-guru tekun mendengar.


Selesai majlis tazkirah, Mesyuarat Guru bermula pada jam 10.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Zainon Idris, PK1 SMK Bandar Baru Serting. Selain menggariskan tugas-tugas guru, Puan Zainon juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana kejayaan melahirkan 8 orang pelajar yang memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR 2010. 11 orang pelajar pula berjaya mendapat 7A. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 tengah hari.
Puan Zainon mempengerusikan mesyuarat
 
Meyuarat berlangsung dalam keadaan ceria
Kehadiran guru baru menambah ceria mesyuarat

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan