Saturday, February 26, 2011

LaDap 2 Santai bersama Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim

Penceramah Undangan : Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim
26 Februari 2011 - Seronok, terkedu, tersentak dan masih ingin mendengar ceramah (cerita) dari Prof. Bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi,  majlis Ladap ini diisi dengan ceramah daripada tetamu undangan, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim dari Uitm Segamat. Macam sekejap sahaja masa berlalu. Ada yang sebak, ada yang merah mata, ada yang menangis sebaik sahaja Prof mengimbau lipatan sejarah silamnya. Dalam asyik mendengar, ada yang melihat diri sendiri, mengimbau masa lampau dan berkata kepada diri sendiri..

Ada yang sebak, ada yang menangis...
        'Integriti dalam pendidikan'. Itu tajuk asal. Tiada teori, tiada analisa, tiada catatan. Semuanya berfokus pada penceritaan yang bersahaja. Bercerita tentang pengalaman hidup, dan iktibar daripadanya. Apa yang didengar tidak dapat digambar dengan kata-kata. Yang datang mendengar sahaja yang dapat merasai..
       'Integriti dalam pendidikan'? Integriti pada diri sendiri dahulu. Siapa kita, kenapa kita dihidupkan dan apa yang sudah kita lakukan? Itulah integriti.. Rumusannya,  menarik, menginsafkan dan bermanfaat. Buah tangan yang ditinggalkan oleh penulis buku 'Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman' yang sudah terjual hampir 40 000 naskah ini amat bermakna. Selain menulis, beliau juga menjadi tetamu di TV1, TV3, TV9, ASTRO dan Radio IKIM.

Professor Perakaunan sedang 'berceramah'
      Terakhir dalam ceramah beliau ialah kupasan  tentang ayat 56 surah Adh-Dhariyat, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. Sama-samalah kita mengambil iktibar ..
        Untuk terus menghayati buah fikiran beliau, layarilah  http://muhdkamil.org.
        Terima kasih banyak-banyak Prof. Didoakan semoga Prof sihat walafiat dan dapat terus menabur bakti..

Guru-guru tekun mendengar Prof membuat rumusan
"Orang berbudi kita berbahasa"

Friday, February 25, 2011

Ujian UKM1 PERMATApintar


Ujian ini sedang berlangsung sehingga 30 April 2011. Kepada pelajar Tingkatan 1, 2, dan 3 yang berminat bolehlah menduduki ujian ini secara online. Pihak sekolah juga telah menyediakan ruang untuk pelajar mengambil ujian ini di makmal komputer. Pelajar Ting1 dan 2 boleh mengambil ujian ini semasa subjek ICTL dilangsungkan.

Ujian boleh diambil melalui pautan http://www.permatapintar.edu.my.

Saingan Untuk Juara Semakin Sengit...

Nampaknya saingan untuk Juara Sukan Mini SMKBBS 2011 semakin menarik. Dalam sukan tara yang diadakan pada 23 dan 24 Februari lalu, kedudukan mata di antara rumah-rumah sukan tidaklah terlalu jauh. Masing-masing saling kejar-mengejar. Khabarnya (tidak rasmi lagi), Rumah Laksamana sedang berada di hadapan, diikuti oleh Temenggung, Syahbandar, dan Bendahara. 
      Senario ini tentunya akan berubah apabila acara sebelum sukan mini akan bermula pada 1, 2, dan 3 Mac ini. Apakah rumah Bendahara akan bingkas bangun atau rumah Laksamana memang telah ditakdirkan akan menjadi juara pada tahun ini? 
      Tentunya guru dan pelajar rumah sukan sedang merangka strategi masing-masing untuk muncul sebagai juara. Sama-sama kita nantikan siapakah juara tahun ini!.








Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di SMKBBS

Bertemakan '1 Malaysia 1 Ummah', warga SMKBBS telah sama-sama terlibat dalam Program Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada 18 Februari 2011. Majlis ini dimulai dengan bacaan Yassin beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Suhaimi Mohamed Yusof

Bacaan Yassin di Dataran Anjung Khadijah
 Acara perarakan bemula jam 9.00 pagi. Pelajar, guru, pekerja sekolah, serta pekerja swasta telah sama-sama berarak sambil berselawat melalui beberapa jalan di sekitar sekolah.

Bersedia sebelum berarak
Laluan keluar pertama melalui pintu pagar sekolah
Antara pekerja yang turut sama berarak
Anggota RELA turut menjaga keselamatan pelajar
Masih boleh tersenyum walaupun cuaca sudah mula panas terik
Perarakan berakhir di padang sekolah
Berkumpul di padang setelah selesai berarak
Sempat lagi beraksi walaupun sudah letih
Guru-guru melepaskan penat selepas perarakan
 Program sambutan bersambung di Dewan Bestari. Majlis dimulai dengan Ucapan Pengetua dan disusuli pula dengan persembahan sketsa dari pelajar Ting 5 Abrar. Ceramah Maulidur Rasul pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafizi B Mohamad Ali, Ketua Unit Dakwah & Kepimpinan, JPNS.  Antara inti ceramah beliau ialah pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya sebelum kewafatan baginda. Antaranya ialah kepentingan menjaga solat dan kaitannya dengan amalan-amalan yang lain. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada  pemenang sepanduk dan perarakan.

Tuan Pengetua bersama penceramah undangan
Tingkatan 2 Abrar memenangi Kategori  Menengah Rendah
pertandingan perarakan dan sepanduk
Tingkatan 5 Abrar memenangi Kategori Menengah Atas
Sketsa persembahan pelajar 5 Abrar
Semoga program ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Adalah disarankan supaya ibu bapa dan wakil PIBG diundang sama menyertai program seumpama ini. Majlis tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Program Sehari Institiut Pendidikan MARA (IPMa)

Program Sehari Bersama IPMa ini telah diadakan  pada 17 Februari 2011 bertempat di Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting. Matlamat utama program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar luar bandar tentang peluang pendidikan selepas SPM yang disediakan oleh institusi-institusi pendidikan MARA. Program ini dianjurkan bersama oleh  MARA Negeri Sembilan dan PPD Jempol/Jelebu.

Peserta program sedang mendaftar
Selain itu  program ini bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan fungsi dan peranan MARA dalam sektor pendidikan kepada masyarakat, di samping memberikan input  berhubung hala tuju kerjaya setara dengan pencapaian SPM pelajar.

Antara penceramah yang memberikan input kepada pelajar


Antara  pengisian program ini ialah taklimat dari Bahagian Kemahiran & Vokasional MARA, Kolej  Poly Tech MARA, Universiti Kuala Lumpur, German Malaysian Institute, GiatMara, dan Bahagian Penganjuran Mara.

Pelajar tekun menunggu sebelum program berakhir
Antara peserta yang hadir dalam program ini
Program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Daerah Jempol /Jelebu. Program yang bermula sejak pagi  telah berakhir pada jam 4.30 petang. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Timbalan PPD Jempol/Jelebu iaitu Pn Radziah Bt Abd Manap yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Negeri.Sembilan.


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan