Wednesday, March 30, 2011

Majlis Perpisahan Pengetua

Majlis Perpisahan Pengetua iaitu En Abdul Halim Md Yunus telah berlangsung pada 25 Mac 2011. Tuan Pengetua akan bertukar ke SMK Mambau. Selama lebih 3 tahun, beliau telah berkhidmat di SMKBBS. Tahniah diucapkan kerana dapat bertukar ke sekolah baru dan tentunya tidak perlu lagi  berpenat-lelah berulang-alik ke Seremban. Sesungguhnya komitmen dan kerja keras yang beliau berikan sangat-sangat bermakna kepada sekolah ini. GPMP  SMKBBS iaitu 4.53 bagi SPM 2010 merupakan hadiah paling bermakna  warga sekolah ini kepada beliau sebelum bertugas di tempat baru. Terima kasih Cikgu.

Semoga terus berjaya. TAHNIAH.

Majlis bermula dengan Bacaan Yassin
 Sempat bergambar kenangan bersama-sama  'Artis Wanita'  SMKBBS

Menerima cendera hati dari pelajar 5 Adil
Menerima cendera hati dari Ketua Bidang Bahasa

Berucap kali terakhir semasa majlis jamuan


Wednesday, March 23, 2011

Alahai....Seronoknya memasak!

Sebagai memenuhi aktiviti kokurikulum, satu pertandingan memasak antara unit-unit beruniform telah diadakan pada jam 3 ptg, 23 Mac 2011. Bertempat di tepi padang sekolah, semua unit yang terlibat telah bersedia untuk memasak nasi, telur, dan sardin untuk dpertandingkan

Pelbagai gelagat menarik yang berlaku. Ada unit yang terkial-kial untuk menghidupkan api kerana angin bertiup kuat. Ada yang terlebih garam. Ada yang tawar. Dan ramai juga yang kelihatannya hanya menjadi penonton, sedangkan rakan-rakan lain, merah dan pedih mata kerana terkena asap. Setakat ini tidak diketahui unit manakah yang menjadi juara..

Api tak hidup.. terpaksa dapatkan khidmat luar!

Sama-sama memasak sardin

Penonton lebih ramai..

Masak telur sebiji, riuh sekampung!

Berchit chat sambil menunggu nasi masak

Ada tukang masak jemputan ?

Nampak macam sedaplahkan!

Latihan Kebakaran 2011

Latihan kebakaran SMKBBS telah berlangsung pada 23 MAC 2011, bermula jam 9 pagi.  Selepas mendengar bunyi loceng amaran dibunyikan, pelajar secara teratur bergegas berhimpun di Dataran Khadijah. Masa yang diambil untuk berhimpun ialah 15 minit. Kedatangan pelajar telah diambil oleh guru-guru tingkatan. Apa yang menarik ialah kecekapan pihak guru yang berjaya mengesan pelajar yang 'diculik' (baca hilang) oleh pihak Bomba. 3 orang pelajar tersebut telah berjaya 'diselamatkan'. Antara kelemahan yang perlu diperbaiki ialah bunyi loceng di blok A dan B tidak kedengaran dengan jelas.
      Semua warga sekolah  kemudian telah diberi taklimat tentang bahaya api. Paling menarik terdapat sesi soal jawab secara langsung di antara pelajar dan pihak Bomba. Pelajar, guru dan pekerja kemudian diajar untuk menggunakan alat pemadam kebakaran. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang latihan ini dijalankan. Terima kasih kepada semua anggota Bomba yang terlibat.

Majlis taklimat dan penerangan

Pelajar  memadam api yang marak

Ustazah Rafidah  diberi tunjuk ajar oleh anggota bomba

Pengawal keselamatan juga perlu mahir menggunakan alat pemadam api   

Tuesday, March 22, 2011

Oracle ThinkQuest - Akaun Tidak Aktif

Semua  mengetahui bahawa Oracle ThinkQuest adalah laman atas talian yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Pada tahun 2009 telah dijalankan satu kursus tentang penggunaan portal ini sebagai alternatif untuk proses pnp. Namun statistik penggunaan mendapati guru-guru tidak memanfaatkan portal ini dan kebanyakan akaun telah tidak aktif.
     

Mulai minggu ini pihak Administrator akan mengaktifkan semula akaun guru-guru secara berperingkat. Senarai pengguna dan password akan dipamerkan kemudian. Log in menggunakan user dan password yang diberikan. Guru-guru perlu accecpt aggrement yang tertera  kemudian bolehlah menukar password yang dibekalkan kepada password pilihan sendiri. pada paparan berikutnya. Setelah akaun aktif, guru-guru bolehlah menggunakan menu HELP yang terdapat dalam portal ini untuk mengimbas semula cara-cara penggunaan portal ini.  Jika ada masalah juga maka wajarlah kita berkursus sekali lagi! Portal ini boleh dicapai di SINI

  

Thursday, March 10, 2011

Blog Kelab Briged Bestari

Blog ini adalah blog baru untuk kelab ini. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang dijalankan oleh ahli kelab ini. Anda boleh memberi komen dan cadangan membina.  Blog ini akan dikendalikan oleh pelajar, maka tentu ada kekurangannya. Walau bagaimanapun perubahan akan sentiasa dilakukan. Blog ini boleh dicapai disini.


Let's Crate - Cara Mudah Berkongsi Fail

Memang mudah menggunakan program ini untuk berkongsi fail. Hanya seret dan masukkan ke dalam kotak  yang dipaparkan. Anda boleh berkongsi apa-apa sahaja fail (fail soalan misalnya). Hanya ikuti langkah yang mudah dan anda sudah boleh berkongsi fail dengan rakan. Jika anda tidak membuka akaun (percuma), fail tersebut akan berada dalam talian (online) untuk masa setengah jam sahaja. Cubalah menggunakan kemudahan percuma ini di sini

Paparan Let's Crate yang mesra pengguna

Wednesday, March 2, 2011

1 hingga 3 Mac - Ujian dan Ujian..

Mulai 1  hingga 3  MAC berlangsung Ujian 1. Ujian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar mengenai tajuk yang telah diajar sepanjang Januari hingga Februari. Selain itu ujian ini boleh digunakan  sebagai kayu pengukur untuk melihat  setakat mana keberkesanan guru mengajar.
       Pada tarikh yang sama juga, ahli rumah sukan  terlibat sama dalam acara-acara sebelum sukan (mini)  yang berlangsung pada sebelah petang. Pada waktu pagi menghadapi ujian mental dan pada waktu petang pula menghadapi ujian fizikal dan mental di padang... Kepada pelajar, selamat menghadapi Ujian DEMI Ujian.. Bersabarlah!

Pelajar 2 Abrar sedang tekun menjawab soalan Sejarah


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan