Monday, June 27, 2011

SMKBBS Juara Kuiz Pelaburan PNB Negeri Sembilan

Peserta Kuiz bergambar bersama Pengetua dan Pemangku PK Koku
Sekalung tahniah dan syabas kepada Sri Ganesh, Mohd Zulkarnain dan Mohd Aminuddin yang telah berjaya menjadi Johan Kuiz Pelaburan PNB peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di SMK Datuk Shahardin Labu pada 23 Jun 2011 yang lalu. Guru pengiring pula ialah En Norazli Mohd Nor. Semua pemenang menerima Amanah Saham Didik sebagai hadiah kemenangan mereka. Pelajar-pelajar ini akan mewakili Negeri Sembilan dalam Kuiz Pelaburan PNB Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai nanti.
Kepada pelajar yang lain, jadikan kemenangan ini satu suntikan semangat untuk anda mencipta kejayaan peribadi di samping mengharumkan nama sekolah anda.

Wednesday, June 22, 2011

Hari Kokurikulum 2011


Hari Kokurikulum telah diadakan pada 22 Jun 2011. Hari ini juga menggabungkan aktiviti yang dibuat oleh Unit Kokurikulum, Bidang Teknik dan Vokasional, Hari Kerjaya serta Sambutan Hari Koperasi.  Aktiviti  bermula jam 7.45 pagi dengan pembacaan perutusan sempena Hari Koperasi. Selepas itu, PK1 Pn Zainon Idris telah mewakili Tuan Pengetua untuk upacara perasmian Hari Kokurikulum, Hari Kerjaya, Hari Koperasi dan Hari Bidang Teknik Vokasional. Pelbagai juadah telah dijual di gerai-gerai yang disediakan. Di Dewan Bestari  berlangsung pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika. Di kantin pula, diadakan pemeriksaan  kesihatan percuma oleh Jabatan Kesihatan di samping pameran kerjaya yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Terdapat juga gerai jualan buku.  Di Kafe Biduanda telah diadakan rawatan urut refleksologi sementara di makmal sains, terdapat rumah hantu. Bidang Teknik & Vokasional pula menganjurkan pertandingan Hidangan Se Pinggan Lengkap, Ukiran Buah-buahan,  Jurutera Muda, Pertandingan Teh Tarik, Juara Kek Cawan dan Runway (Rekaan Kreatif)
Sesungguhnya program ini telah berjaya menepati objektifnya.

Gimik acara perasmian
Barisan pentadbir  di pentas sebelum acara pembukaan berlangsung
Banner Bidang BTV menggamit pelanggan
Aksi Teh Tarik.. Ramai penonton yang terkena percikan teh tarik  ..
Sesi penerangan di gerai teh tarik
Aksi veteran dalam acara teh tarik
Pakar Fruit Carving sedang menunjukkan bakat
Sedang mencari idea untuk menyertai pertandingan
Ramai yang kempunan laksa sedap dari  gerai ini...
Baru masak dah habis!
Setiap tahun, gerai ini menjadi tumpuan
Sedang bersiap sedia menunggu pelanggan
Bakal pengantin masih sempat lagi mengunjungi  gerai jualan..
Tekun menyiapkan pesanan
Memasak sambil tersenyum..  Tips untuk melariskan jualan
Antara gerai rojak petis yang best..
Gerai Koperasi,  laris jualannya
Bisnes ala-ala Genting, modal sedikit untung banyak!
Tauke gerai Teh Tarik sedang memujuk pelanggan
Silap wayer .. 'Jurutera Muda' yang menyebabkan gangguan elektrik ..
Pereka fesyen sedang mencuba bakat
Aksi di dapur 1
Aksi di dapur 2
Aksi di dapur 3
Tunjuk cara menghias Cup Cake
Memeriksa tekanan darah.. tengok nurse pun jantung dah berdebar!
Mendapatkan info kerjaya
Juara makan tembikai ... Acara Sukaneka Unit PJK
Petugas sukaneka menjamu selera selepas acara selesai
Mengira keuntungan
Penolong Kanan 1 bersedia untuk memeriksa kandungan gula
Majlis Penyampaian Hadiah
Berdebar menunggu cabutan bertuah
Antara pemenang cabutan bertuah

Tuesday, June 21, 2011

Ceramah Kesihatan

Pada 21 Jun 2011, seramai 130 pelajar telah dipilih untuk menghadiri program ceramah kesihatan yang berlangsung di Dewan Bestari. Program bermula seawal jam 8.30 pagi.  Program ini diisi dengan ceramah dari Pusat Kesihatan Jempol. Objektif program ini ialah untuk memberi maklumat berkaitan kesihatan dan cara-cara penjagaan kesihatan yang baik kepada pelajar. Pelajar yang dipilih kemudian diharap dapat menyebarluaskan maklumat yang diperolehi kepada rakan dan ahli keluarga masing-masing. Ceramah yang disampaikan meliputi beberapa tajuk antaranya penyakit TB dan Kusta, HIV/AIDS/STI, serta  Pemakanan dan amalan makanan. Ceramah berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Jempol kerana sudi berkongsi ilmu.

Cik Norkazimah bercerita tentang penyakit TB dan kusta
Penerangan tentang HIV, AIDS, STI
Pelajar tekun mendengar

Sunday, June 19, 2011

Perkampungan Ilmu Tingkatan 3

Pada 18 Jun 2011, seramai 154 pelajar tingkatan 3 sekolah ini telah menghadiri Program Perkampungan Ilmu yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program bermula jam 7.00 pagi ini berkahir pada jam 5.30 petang.
    Objektif program  ini ialah untuk memotivasikan pelajar agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi tidak lama lagi. Pelajar telah melalui pelbagai aktiviti yang diatur sepanjang program ini.  Antara pengisian program ini ialah ketahanan mental dan fizikal, disiplin diri, dan juga aktiviti kerohanian. Sesungguhnya ketahanan fizikal dan mental, disiplin diri yang teguh serta kekuatan rohani terutama dalam aspek keagamaan, adalah langkah awal bagi  menjamin kejayaan cemerlang di dalam pelajaran.  
    Kepada pelajar yang lain, anda juga tentunya akan melalui pengalaman ini di masa akan datang.

Sesi pendaftaran
Peserta mendengar taklimat
Bertugas dengan penuh dedikasi walaupun di hujung minggu
Aktiviti pagi - memanaskan badan
Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat
Mendengar taklimat sebelum memanjat
Bersedia untuk memanjat tembok

Tingginya,, tentu terasa gayat
Antara peserta yang berjaya memanjat tembok

Wednesday, June 15, 2011

Majlis Penghargaan Kecemerlangan SPM 2010

Pada 14 Jun 2011, Selasa, jam 9.00 pagi, berlangsung Majlis Penghargaan Kecemerlangan SPM 2010. Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak. Rombongan beliau diiringi oleh lain-lain pegawai JPNS. Puan Rodiah Md Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol/Jelebu turut hadir dalam majlis ini.

Tuan Pengarah diapit oleh Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengetua
Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan
        Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan JPNS atas  kejayaan  sekolah ini dalam peperiksaan SPM 2010 yang lalu. Dalam ucapan beliau, Tuan Pengarah Pelajaran telah meminta agar kejayaan yang dicapai pada tahun lepas dapat dipertingkatkan lagi. Beliau juga mengucapkan tahniah dan berharap guru-guru dan pelajar terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan. Beliau mengingatkan pelajar SPM tahun ini agar telah awal-awal lagi menetapkan hala tuju mereka masing-masing. Dengan hala tuju yang jelas maka matlamat untuk mencipta kejayaan akan mudah dicapai.

Tuan Pengetua menerima Sijil dan Plak Kecemerlangan SPM 2010
        Dalam majlis ini, beliau telah menyampaikan Sijil dan Plak Kecemerlangan SPM 2010 dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan kepada Tuan Pengetua SMK Bandar Baru Serting, Puan Norhayati Mat Nor. Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan