Friday, July 29, 2011

Majlis Penutup Bulan Kecergasan & Ihya Ramadhan

Majlis ini telah berlangsung pada 29 Julai 2011. Majlis Penutupan Bulan Kecergasan dan Ihya Ramadhan ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Fatimah Wan Abdullah (PK HEM) yang mewakili pengetua. Dalam ucapan beliau, Pn Hjh Fatimah mengharapkan agar aktiviti yang dilakukan sepanjang Bulan Kecergasan seperti bersukan, menjaga berat badan dan penjagaan kesihan dapat diteruskan. Sempena ketibaan bulan Ramadhan pula, beliau mengajak semua agar sama-sama mencari keberkatan bulan mulia ini di samping terus berusaha melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Majlis ini disulami dengan persembahan nyanyian nasyid dan pengedaran Makalah Bingkisan Ramadhan kepada semua warga sekolah. Penyampaian hadiah untuk semua aktiviti yang dilakukan sepanjang Bulan Kecergasan ini juga telah disampaikan dalam majlis ini.

Pn Hjh Fatimah menyampaikan ucapan
Gimik pelancaran Ihya Ramadhan- pemberian buah kurma dari Mekah
Persembahan nasyid pelajar
Juara Biggest Loser - Puan Nazariyah
Penyampaian hadiah kepada pelajar
 
Juara Weight Gainer - Cikgu Alia
Pelajar 'Form Four Junior' antara  yang hadir dalam majlis ini.
 

Wednesday, July 27, 2011

Program Peningkatan Prestasi Pelajar Tajaan MARA Negeri Sembilan

Bermula pada 25 Julai 2011 telah berlangsung program 3P yang diadakan di SMK Bandar Baru Serting. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Shamsul Kahar Md Deli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tn Hj Amir, Pengarah Mara N Sembilan, Wakil PPD, Wakil Pengetua MRSM Serting, pegawai PPD, pegawai-pegawai Mara, pegawai Giat Mara dan Pengetua SMK Bandar Baru Serting, Pn Norhayati Mat Nor.

Ketibaan YB Dato' Shamsul Kahar Md Deli
Foto sebelum perasmian bermula
Antara pelajar yang terlibat
Antara pegawai-pegawai yang turut  hadir

Program ini akan berlangsung sehingga 30 Julai 2011. Setiap hari akan diadakan  pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh guru-guru MRSM, dan penceramah jemputan. Antaranya ialah teknik menjawab soalan, dan cara mengulangkaji sebelum peperiksaan. Pengisian program juga melibatkan aktivti keagaaman. Objektif utama program ini adalah untuk mempersiapkan diri calon SPM sekolah ini menghadapi peperiksaan SPM yang akan mereka hadapi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Mara Negeri Sembilan dan guru-guru MRSM di atas usaha-usaha  murni ini.

Saturday, July 23, 2011

Kursus Asas Bina Blog Siri 1: 23 Julai 2011

Seramai 20 orang guru-guru SMKBBS telah turut serta dalam program ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi. Antara pengisian program ini ialah asas membina blog, setting, layout, sharing file, skrip mudah dan membuat pautan. Antara yang hadir ialah Tuan Pengetua. Pn Norhayati Mat Noor , PK HEM, Pn Hjh Fatimah Wan Abdullah dan kaunselor, Pn Nazariyah.
Program ini mendapat bimbingan daripada En Shaik Abd Rahim, En Khairulsham Noh, En Saufee Mohd Kasim dan En A Hussaini Basha. Program ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Secara umumnya program ini telah berjaya membantu guru-guru membina blog masing-masing walaupun masih banyak lagi kekurangan yang boleh diperbaiki.

Sesi keedua dan ketiga akan berlangsung pada September nanti. Kepada guru-guru yang akan terlibat dalam sesi 2 dan 3 nanti, pastikan anda semua telah memiliki akaun gmail.

Slot 1 - Mencipta Blog oleh En Shaik A Rahim
Baru nak buka akaun gmail?...
En Khairulsham  sedang membimbing
Sedang asyik dengan blog yang baru dibina
Tidak patah semangat walaupun selalu tersilap.
Tersenyum puas kerana telah berjaya membina blog sendiri
Pengetua sedang membimbing pembimbing
Cikgu Saufee serius memberi tunjuk ajar

Thursday, July 21, 2011

Dirimu Tetap Disayang

Pada 21 Julai 2011 telah berlangsung program Dirimu Tetap Disayang anjuran Unit HEM, Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Disiplin SMK Bandar Baru Serting. Seramai hampir 100 orang pelajar telah hadir dalam program ini. Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka tetap disayangi dan tidak dipinggirkan walaupun melakukan perkara yang negatif. 
Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu Bersama PDRM dan Bicara Bersama Ustaz. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi. Sesi pertama ini dikendalikan oleh ASP Khairuddin dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol. Beliau telah menyentuh tentang masalah kenakalan remaja dan jenayah yang melibatkan remaja.

Sesi Bersama PDRM
Pengetua menyampaikan cenderamata kepada ASP Kharuddin
Sesi Bicara Bersama Ustaz pula dikendalikan oleh Encik Nik Syuharul Apizo Bin Safien dari Ibu Pejabat Mara Kuala Lumpur. Beliau telah mengupas tajuk Remaja Soleh dan Solehah Pembina keluarga dan Agama. Sesi ini diteruskan di surau untuk solat Zuhur dan  solat Hajat berjemaah,  serta Bacaan Yassin. 
Majlis ini berakhir pada jam 3.00 petang. Semoga majlis ini memberi banyak manfaat kepada pelajar yang terlibat.

Bicara Bersama Ustaz Nik Syuharul Apizo
Sesi muhasabah diri
Aktiviti dalam kumpulan


Wednesday, July 20, 2011

Program Komuniti: 'Stop Motion' - Bimbingan PTPL Seremban

Pada 20 Julai 2011, 3 orang pensyarah PTPL Seremban telah mengadakan tunjuk cara pembuatan Stop Motion kepada sekumpulan pelajar sekolah ini. Tunjuk cara telah diadakan di Makmal Komputer Bestari. Melalui program ini, pelajar telah dibimbing untuk menghasilkan animasi menggunakan objek seperti krayon dan tanah liat. Pelajar seterusnya membuat projek mereka mengikut kumpulan masing-masing. Di akhir program, hasil kerja pelajar telah ditayangkan. Jutaan terima kasih kepada Pn Fazilatul, En Zaidi, dan Cik Syawalizah atas kesudian datang ke sekolah ini untuk menyampaikan ilmu.

Pn Fazilatul sedang memberi penerangan
En Zaidi menerangkan tentang penggunaan kamera untuk animasi
Pelajar sedang menyusun dan merakam objek
Berbincang tentang projek yang bakal dibuat

Sedang mencipta animasi melalui rakaman kamera
Berbincang tentang konsep
Sama-sama menonton hasil projek
 
Johan 'Stop Motion' menerima hadiah
Wakil pelajar menyampaikan cenderamata kepada Pn Fazilatul.

Sunday, July 10, 2011

Pelancaran Bulan Kecergasan KPM Peringkat PPD Jempol Jelebu 2011

Pada 9 Julai 2011, Sabtu, bertempat di padang SMK Bandar Serting telah berlangsung pelancaran Bulan Kecergasan  KPM Peringkat PPD Jempol/Jelebu 2011. Dengan tema "1 Malaysia 1 Kecergasan", program ini bermula seawal jam 7.30 pagi. Program ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Pegawai Pelajaran PPD Jempol/Jelebu, Puan Hajah Rodiah Bt Md Jan. Turut hadir ialah para pegawai dari pejabat  PPD daerah dan AJK PIBG SMK Bandar Baru Serting.

Pn Hajah Rodiah menyampaikan ucapan perasmian
Acara memotong reben sempena pelancaran program
 

Antara objektif utama program ini ialah memupuk gaya hidup sihat kepada semua warga sekolah dalam aktiviti harian di samping memberi peluang kepada pelajar yang berpotensi dan berminat supaya berusaha ke arah kecemerlangan diri melalui perlakuan gaya hidup sihat.

Gimik pelancaran
Persembahan Silat Gayung pelajar SMKBBS
 

Program pada hari ini diserikan dengan persembahan gimik pelajar dan persembahan dari Persatuan Silat Gayung SMKBBS. Selepas itu berlangsung pula Senamrobik Perdana dan pertandingan Futsal. Majlis ini berakhir pada jam 11.00 pagi. 
Aktiviti program ini akan berterusan sepanjang bulan Julai ini. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan bola jaring antara kelas, pertandingan futsal antara kelas, sukaneka, pertandingan kecergasan, klinik kecergasan, ceramah kesihatan, kuiz kesihatan, membina buku skrap dan pertandingan biggest loser & weight gainer khas untuk guru-guru dan warga PPD.

Senamrobik perdana
 
 
 
 
 
 
Pertandingan Futsal Lelaki
Team Futsal Guru Perempuan
 
 
 
Pengetua  SMKBBS ikut serta dalam biggest loser & weight gainer



Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan