Saturday, August 27, 2011

Majlis Penyerahan Derma dan Penutup Program Ihya Ramadhan

Pada 26 Ogos 2011, telah berlangsung majlis penyerahan derma kepada  anak-anak yatim, dan miskin di sekolah ini. Derma adalah sumbangan daripada wakil rakyat, guru-guru, kaki tangan sekolah,  ibu bapa, orang perseorangan, dan pelajar smkbbs. Sumbangan ikhlas ini adalah sebahagian usaha mulia untuk memberi kegembiraan kepada golongan ini sempena kedatangan 1 Syawal ini.
       Selepas acara penyerahan derma, berlangsung pula Majlis Penutup Program Ihya Ramadhan. Majlis ini diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi. Selain itu berlangsung juga majlis penyampaian hadiah beberapa aktiviti dan pertandingan yang telah dilangsungkan. Antaranya ialah pertandingan azan dan syarahan. Penutup kepada majlis ini ialah majlis bersalaman dan bermaafan di antara guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah ini sempena Hari Raya Idul Fitri yang akan menjelang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, August 18, 2011

Pelancaran Minggu Pusat Sumber 2011

Pelancaran Minggu Pusat Sumber 2011 telah berlangsung pada 15 Ogos 2011. Minggu PSS akan berlangsung mulai 16 Ogos sehingga 25 Ogos 2011. Pelbagai program telah diatur sepanjang 2 minggu aktiviti ini berlangsung. Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah Pameran Buku Agensi Luar, Kuiz Terbuka, Pertandingan Reka Cipta Artifak Sejarah, Mencipta Sajak, Mencipta Design T Shirt PSS, Pertandingan Melukis Potret Tokoh-tokoh Kemerdekaan, dan Pertandingan Melukis Poster yang bertemakan Belia Benci Dadah.

Objektif program ini ialah untuk menggalakkan pelajar memanfaatkan kemudahan di PSS, di samping menjadikan PSS sebagai gedung rujukan sumber maklumat. Pameran dan pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah.

Cik Norlaili sedang memberi penerangan
Penyerahan Bakul Buku kepada pegawai keselamatan
Penyampaian hadiah kepada peminjam (guru)  buku terbanyak

Monday, August 1, 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan smkbbs 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan sempena Kemerdekaan ke-54 telah berlangsung di Dewan Bestari. Majlis bermula dengan bacaan rentetan dan catatan sejarah negara menuju kemerdekaan negara, bermula dengan penentangan orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union. Tertubuhnya Pekembar menguatkan lagi asakan kepada British untuk memberi kemerdekaan. Rombongan Tunku Abdul Rahman ke London telah membuahkan hasil. Tanah Melayu diberi kemerdekaan tanpa menumpahkan darah. Inilah hasil kebijaksanaan pemimpin terdahulu yang telah berjasa memerdekakan negara ini.
       Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengetua SMKBBS. Dalam ucapan alu-aluan, beliau mengajak semua pelajar berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi. Semua pihak perlu memastikan bahawa penjajahan mental, ekonomi, apatah lagi penjajahan fizikal, perlulah ditentang habis-habisan.
        Kemuncak program ini ialah majlis simbolik penurunan bendera Union Jack dan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Jalur Gemilang. Bulan Kemerdekaan ini akan diisi dengan pelbagai program yang telah diatur oleh Panitia Sejarah.

Pengagihan Jalur Gemilang kepada setiap kelas
Acara simbolik menurunkan Union Jack
Paluan Gong menandakan bermulanya program Bulan Kemerdekaan
Guru-guru dan pelajar sama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan