Wednesday, September 28, 2011

Pemantapan Sahsiah & Fizikal Sesi 2 Calon PMR

Pada 24 September 2011, bertempat di Kem De Bana, berlangsung program tersebut. Program ini adalah lanjutan dari siri 1 yang telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Serting. Tujuannya adalah untuk menyegarkan minda dan menghilangkan stress calon sebelum peperiksaan PMR. Pelbagai aktiviti telah disediakan di antaranya ialah 'flying fox, merentas halangan, dan motivasi sebelum peperiksaan. Program ini berakhir pada jam 5.30 petang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, September 23, 2011

Lawatan Bench Mark SPS ke SMK Dato' Sri Amar Di Raja, Muar

Pada 21 September 2011, 12 warga sekolah ini telah melakukan lawatan sambil belajar ke SMK Dato' Sri Amar Di Raja, (Sedar) Muar. Lawatan ini bertujuan untuk  melihat dan mendengar penerangan tentang  penggunaan SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) di sekolah ini. Sekolah ini telah dikenalpasti sebagai salah sebuah sekolah harian biasa yang telah berjaya melaksanakan penggunaan SPS.
       Rombongan ini disertai juga oleh guru-guru dan kaki tangan dari SMK Dato Sedia Raja, Rembau. Ketibaan ahli rombongan telah disambut oleh Tuan Pengetua sekolah ini iaitu Tuan Zulkifli Bin Ismail, guru-guru Penolong Kanan, GPB sekolah ini iaitu Encik Choo Loy Yeow, serta dimeriahkan dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek muzik di sekolah ini.
          Setelah menikmati juadah istimewa, ahli rombongan diberi taklimat oleh GPB Sedar. Sebelum itu, Tuan Pengetua Sedar, Tuan Zulkifli Ismail telah menceritakan tentang pengalaman beliau melaksanakan SPS di sekolah ini. Sesi taklimat dan  soal jawab berlangsung sehingga jam 2.00 petang. 
          Semua ahli rombongan sekali lagi dijamu dengan makan tengahari.
         Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Sedar, Tuan Zulkifli B Ismail, Penyelaras Bestari serta semua warga SMK Dato' Sri Amar Di Raja di atas kesudian menerima kedatangan kami. Jutaan terima kasih juga diucapkan di atas layanan, dan tunjuk ajar yang diberi.  Budi baik warga SMK Dato' Sri Amar Di Raja amat-amat kami sanjung dan hargai. Insya Allah semua tunjuk ajar akan cuba dilaksanakan. Terima kasih.

Warga SMKBBS  sampai di Sedar pada jam 10.15 pagi
Pengetua Sedar mengalu-alukan kedatangan
Menikmati jamuan
Bergerak ke Bilik Mesyuarat
Tuan Pengetua Sedar  menyampaikan ucapan
Encik Choo sedang  memberikan penerangan
Serius mendengar penerangan
 
Raut wajah menceritakan segalanya..


Saturday, September 17, 2011

Majlis Khatam Al-Quran, Penutup Ihya' Ramadhan, Penutup Bulan Kemerdekaan, Jamuan Hari Raya dan Solat Hajat

Pada 15 September 2011, berlangsung empat peristiwa, iaitu Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan, Majlis Khatam Al-Quran, Jamuan Hari Raya dan Solat Hajat. Majlis bermula dengan penutupan Bulan Kemerdekaan. Majlis ini disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Baru Serting, Puan Norhayati Mat Nor. Majlis diisi dengan aktiviti penyampaian hadiah dan nyanyian lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Semua warga sekolah kelihatan riang dan ceria dengan pakaian baju hari raya masing-masing.

Puan Norhayati (tengah) sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang
 
 
 
 
 
 
 
 
  
Pelajar peserta Khatam bergambar sebelum majlis berlangsung
Tepat jam jam 9.00 pagi, berlangsung pula majlis Khatam Al-Quran. Tetamu undangan majlis ini ialah Datuk Hj Lilah Hj Yassin, Ahli Parlimen Jempol. Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh tetamu jemputan iaitu Tuan Hj Hamid, imam 2 Masjid Tuanku Muhriz. 
Dalam ucapannya, Datuk Lillah mengingatkan semua hadirin agar sentiasa membaca Al-Quran dan memahami serta mengamalkannya. Beliau juga mengingatkan agar semua pihak menghargai keamanan dan kesejahteraan hidup yang kita miliki sekarang. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan program ini dan berjanji akan memberi peruntukan untuk program seumpama ini pada tahun hadapan. Datuk Lillah juga sudi untuk menyampaikan cendera hati kepada peserta Khatam Al-Quran. Terima Kasih banyak-banyak Datuk, di atas sumbangan yang telah diberikan.

Majlis berakhir dengan jamuan hari raya. Semua yang hadir telah dijamu dengan hidangan yang lazat dan enak.
Ketibaan tetamu jemputan, Datuk Lillah Hj Yassin.
Sama-sama menyanyikan lagu Negaraku
Wakil Khatam Al-Quran  sedang bersedia
Tuan Hj Hamid mengetuai Khatam Al-Quran
 
Bacaan Doa Khatam Al-Quran
YB Datuk  Lillah menyampaikan ucapan
Majlis penyampaian cenderahati kepada peserta Khatam
 
 
 
Cenderahati untuk YB Datuk
YB Datuk beramah mesra dengan kumpulan pelajar harapan SPM 2011
 
Antara pelajar harapan SPM 2011
Kumpuan pelajar harapan PMR 2011 dirai di meja khas
 
 
   

Bermula jam 6.30 petang, berlangsung pula majlis solat hajat dan bacaan Yassin khusus untuk calon SPM dan PMR. Majlis bermula dengan tazkirah, solat maghrib, solat hajat, bacaan surah Yassin, dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Majlis ini ketuai oleh Imam 1 Masjid Tuanku Muhriz. Para tetamu kemudiannya dihidangkan dengan jamuan makan malam. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

 
 
 
 




Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan