Friday, January 20, 2012

Kejohanan Merentas Desa 2012

Kejohanan Merentas Desa SMKBBS 2012 telah berlangsung pada 20 Januari 2012, bermula jam 8.00 pagi. Hampir semua pelajar menyertai larian ini. Larian bermula jam 9.00 pagi. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Semua pelajar selamat sampai ke padang sekolah semula. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pasukan RELA dan pihak polis yang bertungkus-lumus mengawal lalu-lintas dan cekal bertugas walau pun dalam hujan lebat.
       Acara penyampaian hadiah telah berlangsung di Dewan Bestari. Kategori Berpasukan Perempuan 2 dimenangi oleh rumah Laksamana, Lelaki 2, rumah Temenggong, Perempuan 1, rumah Bendahara dan Johan kategori Lelaki 1 dimenangi oleh rumah Syahbandar. Johan keseluruhan dimenangi oleh rumah Bendahara. Tahniah kepada ahli-ahli rumah Bendahara. Kepada ahli rumah yang lain, pastikan ada persaingan sengit untuk menyaingi rumah Bendahara dalam Kejohanan Sukan akan datang. Awas Bendahara!..
.

Thursday, January 19, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan 2012

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Bestari SMKBBS. Objektif program ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun 2011 khususnya pelajar tingkatan 1, 2, dan 4. di samping memberi suntikan semangat kepada pelajar lain untuk sama-sama mencipta kejayaan dalam bidang akademik.  
        Majlis ini telah dirasmikan oleh En Ahmad Tajuddin Othman, YDP PIBG SMKBBS. Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan ini diserikan lagi dengan persembahan sajak dan dikir barat. 

Persembahan deklamasi sajak 
Ucapan alu-aluan pengetua
Ucapan perasmian majlis oleh YDP PIBG
AJK Hadiah di belakang tabir
Antara hadirin..
Penerima anugerah berdebar menunggu
Antara penerima anugerah  yang diberi penghargaan
Persembahan dikir barat oleh kumpulan Dikir Bestari

10 Pelajar 8A PMR 2011

Tahniah kepada 10 pelajar cemerlang PMR 2011 yang telah mengharumkan nama sekolah ini. Semua warga  SMKBBS amat berbangga dengan kejayaan anda. Kepada pelajar yang lain, masa untuk mencipta kejayaan masih ada di hadapan. Berusahalah bersungguh-sungguh.

Wajah 9 pelajar 8A PMR 2011
Para pelajar bersama ibu bapa

GPB yang baru...

Guru Penyelaras Bestari (GPB) yang baru telah dilantik oleh pihak pengurusan sekolah. Tahniah diucapkan. Semoga dengan kehadiran GPB yang baru, aktiviti ICT di sekolah ini akan bergerak aktif selaras dengan perkembangan ICT yang semakin pantas. Selamat menjalankan tugas.

Cikgu Mohd Khahar B Ramly - GPB baru

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan