Thursday, August 30, 2012

Majlis Khatam Quran & Sambutan Hari Raya

Majlis tersebut telah berlangsung pada 29 Ogos 2012, bermula jam 11.00 pagi, bertempat di Dewan Bestari. Antara jemputan yang hadir ialah AJK PIBG smkbbs. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Lilah Hj Yasin, Ahli Parlimen Jempol. Majlis bermula dengan program Khatam Al Quran yang diwakili oleh wakil Pentadbir, Guru, Pekerja, Pekerja Swasta dan pelajar.
      Antara inti pati ucapan YB Dato' Lilah ialah meminta semua pihak agar menjadikan Al Quran sebagai pegangan hidup. Membaca Al Quran pula perlu dijadikan amalan harian. Beliau juga menggesa semua pihak agar mengekalkan keharmonian serta keamanan hidup yang dikecapi sekarang. YB Dato' juga bersetuju membiayai majlis seumpama ini pada tahun hadapan. Terima kasih banyak-banyak Dato'..
      Beliau juga telah sudi  menyampaikan cenderahati kepada peserta Khatam Al Quran dan hadiah hari jadi kepada guru dan pelajar yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos. Majlis berakhir dengan jamuan hari raya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan