Monday, February 18, 2013

Penyerahan Watikah Skuad Nilam, Pengawas PSS, dan Pengawas Sekolah

Majlis ini telah berlangsung pada 18 Feb 2013 bertempat di Dewan Bestari. Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Bahau, Deputi Superintendan Tukiman Seriman. Kepada semua pelajar yang dilantik, selamat menjalankan tugas dengan tekun, amanah, dan bertanggungjawab.

Ucapan Wakil Pengawas
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ikrar Pengawas
 
Skuad Nilam
 
Pengawas PSS
Pengawas sekolah



Monday, February 4, 2013

Lesson Study (LS) - Bidang Bahasa

Pada 1 Feb 2013 lalu telah diadakan LDP untuk bidang Bahasa.  Selama ini LS telah banyak dipraktikkan dalam subjek Matematik dan Sains, dan kali ini cuba dipraktikan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.   Taklimat telah disampaikan oleh Cik Norshahida Shaharim, Pegawai Bahasa PPD Jempol Jelebu. Program yang bermula jam 3.00 ptg ini berakhir pada jam 4.30 ptg. Rumusan dari program ini ialah untuk menghasilkan LS yang mempunyai dua kitaran iaitu kitaran 1 bermula 1 Feb sehingga 23 Mei 2013 dan kitaran 2 akan bermula pada 10 Jun sehingga 31 Okt 2013. Penyelaras program ini telah diamanahkan oleh Ketua Bidang Bahasa kepada GC Bahasa Melayu, Pn Zazliza.

Cik Norshahida menyampaikan taklimat
 
 
 
 
 
 

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan