Monday, April 21, 2014

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA PERINGKAT DAERAH JEMPOL & JELEBU

19 April 2014 - Dewan bestari SMK Bandar Baru Serting

          Program Jerayawara Bahasa peringkat Daerah Jempol & Jelebu berlangsung pada hari 19 April 2014 yang telah bermula seawal pukul 8.00 pagi hingga 3.00 ptg. Setiap sekolah dari Daerah Jempol Jelebu menghantar 4 orang peserta dengan seorang guru pengiring. SMK Bandar Baru Serting diwakili oleh para pelajar daripada 5 Abrar memandangkan pada masa yang sama Panitia Pendidikan Islam mengadakan program untuk pelajar Tingkatan 5. Penceramah yang dijemput merupakan seorang Guru Cemerlang, Munsyi Dewan, Penulis Buku dan Penceramah Tersohor iaitu Tn Hj Samat Buang. Semoga program ini akan membantu dalam mengekalkan kecemerlangan semua pelajar dalam keputusan Bahasa Melayu bagi SPM tahun 2014

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan