Monday, September 8, 2014

PROGRAM MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN BAGI PELAJAR UPSR, TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5

04 September 2014 - Masjid Tuanku Mukhriz Bandar Seri Jempol
     Sempena musim peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan melaksanakan program tahunan sekolah iaitu Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin bagi pelajar UPSR, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 tahun 2014.
Program seumpama ini dijalankan saban tahun bagi memberi semangat dan iltizam yang tinggi kepada pelajar untuk terus belajar dan berusaha memajukan diri. Program ini adalah salah satu usaha untuk mencari keredaan Allah serta memohon kehadratNya agar mempermudahkan segala urusan dan seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapi oleh para pelajar. Diharapkan program ini berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan pelajar dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang dirancang. Mudah-mudahan usaha murni ini diberkati Allah S.W.T

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan