Tuesday, November 11, 2014

PEPERIKSAAN AMALI SAINS TINGKATAN 4 2014

7 - 11 November 2014 - Makmal Biologi,Fizik & Kimia SMK Bandar Baru Serting
         
             Lembaga Peperiksaan melalui Surat Siaran Bil.1 Tahun 2014 bertarikh 10 Jun 2014 telah memaklumkan bahawa Peperiksaan Pusat Amali Sains bagi subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan akan mula dilaksanakan pada SPM 2015.Kertas Amali Sains ini akan menggantikan Kertas 3 (Amali Sains Bertulis) bagi subjek yang terlibat. Rasionalnya, pelaksanaan ini adalah bagi memastikan murid menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Untuk pelaksanaan PEKA pula, pelajar Tingkatan 5 2014 adalah batch terakhir dan tidak perlu untuk dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan 4 2014. Walaubagaimanapun, PEKA masih diteruskan bagi subjek Sains (Teras), kerana tidak terlibat dengan perubahan ini.Justeru itu, pihak sekolah haruslah memastikan kerja amali sains bagi subjek Fizik, Biologi, Kimia dan Sains Tambahan terus dilaksanakan seperti mana yang terkandung dalam sukatan pelajaran.

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan