Tuesday, April 29, 2014

PROGRAM MEET SHARE & LEARN ANJURAN YTLC

29 April 2014 - Makmal MBM MBI SMK Bandar Baru Serting

      Satu Program Meet Share & Learn telah diadakan di Makmal MBM MBI SMK Bandar Baru Serting bermula seawal jam 2.00 petang.Pegawai konsultan yang telah hadir adalah Puan Salfarizan Binti Ahmad Nazri.Program juga dihadiri oleh guru-guru dari daerah Jempol Jelebu.Terima Kasih kepada yang hadir.

Monday, April 28, 2014

ANUGERAH KECEMERLANGAN GURU BAGI SPM TAHUN 2013

18 April 2014 - Dewan bestari SMK Bandar Baru Serting

   Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Guru Bagi SPM tahun 2013,telah disempurnakan
oleh Ketua SektorPengurusan Pembangunan Kemanusiaan Tuan Haji Amir Sharifuddin bin Ahmad di Dewan Bestari SMk Bandar Baru Serting.Tahniah Kepada Semua Guru.

Thursday, April 24, 2014

AMALI PENDIDIKAN ISLAM (BAB SEMBELIHAN)

24 April 2014 - Padang SMK Bandar Baru Serting

   Para pelajar dan Guru pendidikan Islam iaitu Ustaz Khahar Bin Ramlay menunjukkan kepada pelajar serta memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sembelihan.Tahniah kepada para pelajar 4 Amru  yang terlibat dalam latihan amali tersebut.
 

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SMK BATU KIKIR MODEL KHAS

23 April 2014 - Pusat Sumber & Sekitar SMK Bandar Baru Serting
   
      Seramai 12 orang guru dari SMK Batu Kikir Model Khas yang terlibat dalam Lawatan Penanda Aras ini.Perkongsian dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan adalah inti pati majli ini.Semoga dengan jalinan yang dilakukan ini dapat mengeratkan lagi  hubungan semua guru.Terima kasih kerana berkunjung ke SMK Bandar Baru Serting.

TAKLIMAT RINGKAS BERSAMA YAPEIM

23 April 2014 - Bilik Mesyuarat SMK Bandar Baru Serting

     Taklimat ringkas bersama Ustaz Abdul Rahman Bin Musa Pegawai Perunding YAPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia,telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Bandar Baru Serting.Terima Kasih kepada semua yang hadir.

Monday, April 21, 2014

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA PERINGKAT DAERAH JEMPOL & JELEBU

19 April 2014 - Dewan bestari SMK Bandar Baru Serting

          Program Jerayawara Bahasa peringkat Daerah Jempol & Jelebu berlangsung pada hari 19 April 2014 yang telah bermula seawal pukul 8.00 pagi hingga 3.00 ptg. Setiap sekolah dari Daerah Jempol Jelebu menghantar 4 orang peserta dengan seorang guru pengiring. SMK Bandar Baru Serting diwakili oleh para pelajar daripada 5 Abrar memandangkan pada masa yang sama Panitia Pendidikan Islam mengadakan program untuk pelajar Tingkatan 5. Penceramah yang dijemput merupakan seorang Guru Cemerlang, Munsyi Dewan, Penulis Buku dan Penceramah Tersohor iaitu Tn Hj Samat Buang. Semoga program ini akan membantu dalam mengekalkan kecemerlangan semua pelajar dalam keputusan Bahasa Melayu bagi SPM tahun 2014

Wednesday, April 16, 2014

KEJOHANAN BADMINTON MSSDJ 2014

16-17 April 2014 -Dewan Bestari SMKBBS

     Sedang berlangsung Kejohanan Badminton MSSDJ 2014 dengan acara bawah 18 tahun yang diadakan di Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting, manakala bagi bawah 15 tahun diadakan di MRSM Serting.


Friday, April 11, 2014

KEJOHANAN TENIS MSSD JEMPOL 2014

9 April 2014 - MRSM Serting

   Telah berlangsung Kejohanan Tenis MSSD Jempol tahun 2014. Peserta lelaki bawah 15 tahun dari SMK Bandar Baru Serting menjadi Johan dalam acara tersebut
Para Peserta Kejohanan bergambar kenangan
Hazim Asyraf B Zainor dari 2 Abrar Johan Lelaki bawah 15

Thursday, April 10, 2014

PERTANDINGAN & PERKHEMAHAN KADET BOMBA PENYELAMAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2014

5 - 7 April 2014 - Kem Rimba Ilmu Juasseh

   Telah berlangsung Pertandingan dan Perkhemahan Kadet Bomba Penyelamat Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2014 di Kem Rimba Ilmu Juasseh.Selama dua hari para peserta didedahkan kepada pelbagai pengetahuan dan acara pertandingan yang diadakan. Tahniah kepada semua peserta dan Guru Pembimbing yang turut serta dalam pertandingan tersebut.

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan