Friday, June 27, 2014

HARI KOKURIKULUM & KEUSAHAWANAN SMKBBS 2014

26 Jun 2014 - Khamis ,Padang SMK Bandar Baru Serting

   Telah berlangsung Sambutan Hari Kokurikulum & Keusahawanan bagi tahun 2014,di padang SMKBBS,pelbagai acara diadakan seperti sukan,permainan dan gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan.Tidak lupa juga agensi luar yang terlibat seperti PDRM,Kementerian Kesihatan,AADK dan RHB Bank.Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalm menjayakan Program pada hari tersebut.

Monday, June 23, 2014

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA

21 Jun 2014 - Sabtu ,Dewan Bestari SMKBBS

     Telah diadakan Majlis Perpisahan Pengetua Puan Hajah Norhayati Bt Mat Nor,beliau mula berkhidmat di SMK BBS pada 28 Mac 2011.Tahniah kepada pengetua yang akan berpindah ke SMK Batu Kikir Model Khas bermula Isnin ini.Kami warga SMKBBS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan puan ditempat baharu nanti.Jangan lupakan kami disini.

Klik Disini untuk lihat lagi gambar /Pengguna Telefon Pintar

Video Khas Pengetua

Video Majlis Perpisahan

FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH 2014

19 Jun 2014 - SMK Palong 11

     Telah berlangsung pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah,Tahniah kepada peserta pertandingan dari SMKBBS yang mendapat Naib Juara serta Mohd Khairul Amirin Najwan B Mohd Kareem yang dinobatkan sebagai Pengerusi terbaik dalam pertandingan tersebut.

Tuesday, June 17, 2014

KURSUS PEMBINAAN SITE VLE FROG - GURU CEMERLANG TAHUN 2014

17 Jun 2014 - Makmal MBM MBI SMKBBS

     Telah diadakan Kursus Pembinaan Site VLE-FROG bagi Guru Cemerlang tahun 2014.Kursus diadakan dari 17 - 19 dan 24 - 26 Jun 2014.Terima Kasih kepada yang hadir

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan