Thursday, July 24, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BULAN RAMADHAN TAHUN 2014

24 Julai 2014 - Khamis - Dewan Bestari SMKBBS
   Telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Serta Penutup Ihya’ Ramadhan Dan Bulan Dakwah Tahun 2014. Dirasmikan oleh YDP Persatuan Ibubapa & Guru En Ahmad Tajuddin Bin Othman.Majlis dimulakan dengan khtam Al-Quran dan kemudian penyampaian hadiah bagi pertandingan dalam acara-acara yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.Tahniah kepada semua peserta dan para ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini serta sepanjang bulan ramadhan.

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZUERIEANI - KAUNSELOR

24 Julai 2014 - Khamis - Dewan Bestari
    Telah berlangsung Majlis Perpisahan Cikgu Zuerieani Bt Nong atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Zue.Beliau yang telah menabur bakti di SMK Bandar Baru Serting selama 12 tahun akan berpindah ke SMK Bahau dan mengajar dalam bidang Pendidikan Khas.Tahniah kepada Cikgu Zue dan semoga  berjaya di Sekolah yang baru.Kami semua mendoakan kejayaan cikgu.Terima Kasih Cikgu

MAJLIS PENGHARGAAN KEHADIRAN BULAN MEI,JUN & HARIJADI BULAN JULAI

24 Julai 2014 - Khamis - Dewan Bestari
  Majlis Penghargaan Hari Lahir,Bulan Julai 5 orang pelajar yang diundi dari Tingkatan1-Tingkatan 5 dan bagi Guru pula Cikgu Tuty Sutina Hamdzah manakala staf sokongan Puan Mona.Bagi kehadiran penuh juga dinilai bagi bulan Mei dan Jun tingkatan 1 hingga tingkatan 5

Tuesday, July 22, 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

19 Julai 2014 - Sabtu - Bilik Mesyuarat SMKBBS

      Program Pelaksaan Agenda Komunikasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 & Program Tranformasi Daerah (DTP).Terima Kasih kepada semua guru-guru yang hadir


Friday, July 18, 2014

AUDIT AKADEMIK PENINGKATAN PENCAPAIAN PPT 2014

18 Julai 2014 - Bilik Mesyuarat SMKBBS
    Pagi ini SMKBBS dikunjungi oleh PPD Daerah Jempol Jelebu berkenaan Audit Akademik Peningkatan Pencapaian PPT 2014.Pegawai yang hadir En. Putra Bin Hashim ,Pn. Norfadilah Bt Aziz ,Pn. Halimah Bt Romeli dan Pn. Hashimah Bt Hashim.Sesi taklimat diketuai oleh Pn Zainon Bt Idris.Terima Kasih kepada yang hadir

Monday, July 14, 2014

PERSEDIAAN NILAM PERINGKAT DAERAH 2014

14 Julai 2014 - Isnin - PKG Bahau
    Persiapan untuk NILAM peringkat daerah bagi tahun 2014 diadakan di Pusat Kegiatan Guru Bahau pagi ini.

Wednesday, July 2, 2014

LAWATAN KE PESTA BUKU 2014

29 April 2014 - Pesta Buku PWTC

PROGRAM NILAM ANJURAN PKG BAHAU

27 Jun 2014 - PKG Bahau

      Telah berlangsung Program NILAM yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol anjuran Pusat Kegiatan Guru Bahau dan dirasmikan oleh YB Dato' Shamsul Kahar, Ahli Dewan Undangan Negeri.Tahniah kepada kedua pelajar serta guru pengiring SMK Bandar Baru Serting yang terlibat dalam program tersebut

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan