Friday, January 30, 2015

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KOLAM SEMENANJUNG

30 Januari 2015 - Kolam Semenanjung SMK Bandar Baru Serting
      Pembersihan kolam semenanjung telah dijalankan bersama pelajar KHB Elektif Pertanian tingkatan 2 SMK Bandar Baru Serting. Kerja-kerja pembersihan di bawah pengawasan cCkgu Bakhri, Cikgu Azli dan Cikgu Nor Faridah ini telah dijalankan pada 30 Januari 2015 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua pelajar terlibat. Kolam semenanjung sedang dalam proses 'wajah baharu' dan kerja-kerja keceriaan akan disambung pada masa akan datang.

MAJLIS PERMUAFAKATAN BERSAMA KOMUNITI SEKITAR SMK BANDAR BARU SERTING TAHUN 2015

30 Januari 2015 - Bilik Mesyuarat SMK Bandar Baru Serting
     Majlis Permuafakatan PIBG SMK Bandar Baru Serting bersama komuniti sekitar.  Muafakat Membawa Berkat.

PERJUMPAAN PENJAGA TINGKATAN3 DAN TINGKATAN 5 TAHUN 2015

29 Januari 2015 - Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting
     Program perjumpaan diantara penjaga tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 2015, bersama warga pendidik SMK Bandar Baru Serting dan YDP PIBG En Ahmad Tajudin Bin Othman.  Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada semua penjaga tentang program-program yang akan diadakan bagi kecemerlangan para pelajar sebelum menghadapi peperiksaan.  Semoga para penjaga dapat memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada warga sekolah dalam mendidik para pelajar ini.  Terima kasih kepada semua yang hadir.

Thursday, January 29, 2015

KUNJUNGAN MESRA PEGAWAI SISC+ (BM) PPDJJ

29 Januari 2015 - SMK Bandar Baru Serting
     Kunjungan Mesra Tuan Haji Masri Bin Karjah Pegawai SISC+ (Bahasa Melayu) Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu.  Terima kasih atas kunjungan.

Wednesday, January 28, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH JEMPOL

28 Januari 2015 -  SMK Palong 2
     Berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Jempol, yang diadakan di SMK Palong 2.  Ketiga-tiga wakil pelajar dari SMK Bandar Baru Serting ini layak untuk ke peringkat negeri.  Tahniah.
Hazim tempat ke 7 Lelaki 15
Fitri Nabila tempat ke 10 Perempuan 15
Farisha tempat ke 4 Perempuan 18


KUNJUNGAN MESRA TN HJ MISRI B MISTAMA

28 Januari 2015 - SMK Bandar Baru Serting
     Kunjungan Mesra Ketua Unit Pendidikan Menengah Sektor Pengurusan Sekolah Tuan Haji Misri Bin Mistama bersama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jempol Jelebu Tuan Haji Abdul Aziz Bin Abdul Malek.Terima Kasih

Monday, January 26, 2015

NILAM GURU

26 Januari 2015 - Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting
     Nilam 1, dimulakan dengan Pengetua Tuan Hj Norazam B Hj Nayan dengan judul bukunya Jangan Bersedih

KUNJUNGAN MESRA PENGETUA SMK PASOH

26 Januari 2015 - SMK Bandar Baru Serting
     Kunjungan Mesra Tn Zul B Senin Pengetua SMK Pasoh 2.


KUNJUNGAN MESRA PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

26 Januari 2015 - SMK Bandar Baru Serting
     Kunjungan Mesra Haji Aminudin B Mohd Rashid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid.

Friday, January 23, 2015

KUNJUNGAN MESRA TIMBALAN PPD PORT DICKSON

23 Januari 2015 - SMK Bandar Baru Serting
     Kunjungan Mesra Tuan Ramlan B Ahmad Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson.  Terima Kasih Tuan.

KUNJUNGAN MESRA PENGETUA SMK SENALING KUALA PILAH

23 Januari 2015 - SMK Bandar Baru Serting
     Kunjungan mesra dari Tuan Elmy Azizan B Abdul Aziz Pengetua SMK Senaling Kuala Pilah.  Terima Kasih Tuan.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

22 Januari 2015 - Padang SMK Bandar Baru Serting
     Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2015. Tahniah kepada Rumah Sukan Temenggung kerana menjuarai kejohanan pada tahun ini.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan