Monday, September 27, 2010

Program Hujung Minggu

Dua aktiviti besar berlaku pada hujung minggu lepas iaitu pada 25 hingga 26 September 2010. Pertama adalah Kem Motivasi Pelajar SPM bertempat di CIMA, Kilang Simen. Jelai. Program ini bertujuan untuk membimbing pelajar menjelang saat-saat akhir sebelum peperiksaan SPM sebenar berlangsung. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua dan PK Kurikulum.

Program kedua adalah Kem Badan Pengawas SKMBBS. Kem yang berlangsung selama 2 hari ini antaranya melibatkan lawatan ke Tanjung Tuan, Muzium Tentera Lukut dan ceramah pengurusan organisasi. Bertempat di KM Chalet, Kuala Sg Baru, para pengawas telah diberi pelbagai input oleh para fasilitator. Para fasilitator yang terlibat ialah Pn Nazariyah, En Khairulsham, En Md Bakri, Ustaz Kahar, En Hamdan,  En Khairul, dan En Fadhullah. Koordinator program ini ialah En Shaik. Hadir sama dalam program ini ialah Pn Hjh Fatimah Wan Abdullah, PK HEM dan juga Tn Hj Ismail Alias, PK Ko-Kurikulum. Selain aktiviti ceramah, pelajar juga melalui pelbagai program riadah dan muhasabah diri.

Thursday, September 23, 2010

Majlis Khatam Quran & Jamuan Hari Raya

Majlis yang berlangsung di Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting pada 23 September 2010 ini telah berjaya dilaksanakan. Majlis Khatam Al-Quran ini telah disertai oleh wakil guru-guru dan pelajar. Semua pelajar telah mula berkumpul di dewan seawal jam 10 pagi.

Ketibaan YB Datuk Lilah Hj Yassin, Ahli Parlimen Jempol yang tiba pada jam 10.45 pagi telah menyerikan lagi majlis ini. Majlis ini juga dihadiri oleh YDP dan AJK PIBG serta wakil PPD Jempol.


Majlis ini adalah pelengkap kepada aktiviti Tadarrus Al-Quran sempena Ramadhan. Dalam aktiviti tersebut, tadarrus dijalankan di dalam dua kumpulan iaitu pelajar dan guru.



Dalam ucapan beliau, YB Datuk Lilah telah mengingatkan bahawa Al-Quran adalah mukjizat yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu Al-Quran perlulah selalu dibaca, difahami  isi kandungannya serta sebaiknya diamalkan, demi kelangsungan hidup dalam suasana hidup yang lebih mencabar sekarang. Beliau juga menghargai usaha warga sekolah  mengadakan majlis ini . Beliau juga telah berjanji untuk memberi peruntukan demi kelangsungan program ini pada tahun hadapan. Terima kasih Datuk!

Friday, September 17, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Setelah berhari raya sakan, maka tibalah masa untuk kembali ke sekolah.  Diharap kepada semua pelajar, fokus semula kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kepada calon PMR dan SPM, masa untuk berjuang semakin hampir. Semoga anda semua kembali cergas dan bersemangat untuk mencapai kejayaan di dalam peperiksaan. Jangan masih khayal dalam 'mood raya' dan 'lemau'. Bangunlah.. Selamat kembali ke sekolah.

Monday, September 6, 2010

smkbbserting online

Selamat Datang
Blog ini akan memaparkan tentang sekolah ini dan aktivti yang berlaku. Selain itu blog ini juga akan menjadi medan bagi guru, pelajar, ibu bapa serta semua pengujung berkomunikasi. Selain memaparkan aktiviti dan perkongsian maklumat, diharap blog ini menjadi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan di antara warga sekolah dan pengunjung. Sedaya yang mungkin, blog ini akan cuba memaparkan sebanyak mungkin maklumat yang boleh dikongsi bersama. Komen positif sangat dialu-alukan.
Selamat berkunjung ke blog kami.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan