Monday, November 15, 2010

Hari Anugerah Ko-Kurikulum & HEM

Hari Anugerah Ko-Kurikulum dan HEM telah berlangsung pada 12 November 2010. Hari anugerah  ini diadakan untuk mengiktiraf sumbangan pelajar dalam mengharumkan nama baik sekolah dalam bidang ko -kurilum.
    Di samping itu, pelajar bersahsiah dan berpekerti mulia juga mendapat anugerah. Anugerah Kecemerlangan Sahsiah meliputi Kehadiran Penuh 2010, Kehadiran Penuh Program 'Puteriku Sayang', Kelas Ceria & Bersih Sepanjang Tahun, Anugerah Ketua Pengawas, Anugerah Nilam, Anugerah Pustakawan, dan Anugerah Khas HEM.
    Anugerah Kecemerlangan Ko- Kurikulum pula terbahagi kepada Anugerah Wirawan, Wirawati, Anugerah Perak, Anugerah Gangsa, Anugerah Sukan Permainan dan Anugerah Pasukan Unit Beruniform.
    Tuan Pengetua, En Abd Halim Md Yunus, melalui ucapan beliau, mengingatkan tentang betapa perlunya pelajar memiliki tiga kekuatan, iaitu cemerlang dalam kurikulum, cemerlang dalam ko-kurikulum dan bersahsiah mulia. Beliau menambah, SMKBBS sentiasa berada di hadapan sekolah-sekolah lain dalam bidang-bidang berkaitan. Beliau memuji kesediaan pelajar dan guru untuk sentiasa cemerlang dalam semua bidang.

Tuan Pengetua memberi ucapan
Anugerah Wirawan - Abdul Hakim Md Isa

Anugerah Wirawati - Siti Nur Hanim Abd Rashid
Anugerah Ketua Pengawas Lelaki - Nas Mustaqim Walad Bin Ahmad
Anugerah Ketua Pengawas Perempuan - Nurul Nadhirah Ibrahim
Anugerah Nilam - Nur Diyana Mahzan
Anugerah Pustakawan - Nur Shahira Abdul Rahman
Anugerah Khas HEM- Solehatun Nisa Hasnan
Anugerah Khas HEM - Ismail Katan
Pasukan Unit Beruniform Terbaik - Bulan Sabit Merah
    Anugerah Kehadiran Penuh 'Puteriku Sayang' diungguli oleh Tingkatan 5 Abrar dan 2 Abrar. Sementara Anugerah Kelas Ceria dan Bersih Sepanjang Tahun dijuarai oleh Tingkatan 2 Adil, 4 Adil, dan 5 Abrar.
    Anugerah Perak (Kecemerlangan Ko-kurikulum) diberikan kepada Farah Aqilah Zainor, Zuhira Nordin, Arifah Abd Rahman, Mohd Fekrey Paimin dan Solehatun Nisa Hasnan.
    Kelab Sukan dan Permainan terbaik 2010 dimenangi oleh Kelab Olahraga.
    Tahniah kepada semua pemenang. Kepada pelajar yang lain, selamat berusaha untuk mencipta nama pada tahun 2011.

Thursday, November 11, 2010

Meriahnya Hari Kantin SMKBBS..

Hari Kantin SMKBBS yang diadakan pada 10 November 2010, berlangsung dalam suasana meriah dan ceria. Dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang dapat menjadi contoh kepada pelajar lain dari aspek disiplin diri, jujur, dan bijak menguruskan masa, Hari Kantin dilihat dapat juga melahirkan sikap bekerjasama dengan ahli sepasukan. Hal ini ternyata mencapai matlamat apabila sejak awal-awal lagi setiap kumpulan yang berniaga sudah mula bertungkus-lumus untuk menyediakan aneka jenis jualan.

Bersedia untuk memulakan jualan

Pengunjung sabar menunggu giliran

Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi. Selain aktiviti jualan, program ini juga menjemput Jabatan Kesihatan untuk turut serta memberi ceramah berkaitan penjagaan kesihatan. Program bermula dengan Kempen Kebersihan Gigi yang berlangsung di Dewan Bestari. 
       Pakar Pergigian Kanak-kanak, Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah ,  Dr Norzaini telah menyampaikan ceramah berkaitan penjagaan gigi. Dr Noraliza dari Klinik Pergigian  Jempol pula mengetuai Program Gosok Gigi Perdana.
      Selain itu, Jabatan Kesihatan juga telah mengadakan pemeriksaan kesihatan 'pap smear' dan pemeriksaan kendiri payu dara percuma bertempat di Kafe Biduanda.

Dr Norzaini, Pakar Pergigian Kanak-kanak sedang menyampaikan ceramah
Pelajar tekun mendengar ceramah
Jururawat pergigian bersedia  beraksi untuk Program Gosok Gigi Berirama

Pertandingan Mewarna khusus untuk pelajar dari tadika berhampiran juga mendapat sambutan yang menggalakkkan. Pelajar cilik ini ditemani oleh guru-guru dan ibu bapa masing-masing. Suasana di Dewan Lama ini meriah dengan kelitah pelajar-pelajar ini.

Ibu bapa sabar menunggu pertandingan mewarna selesai


Kanak-kanak Tadika dengan pelbagai aksi

Sempat ber'posing' sebelum diserbu pengunjung
Biskut Hari Raya Haji turut dijual


Pengunjung berpusu-pudu di gerai jualan
Tak cukup tangan .....

Selain acara jualan makanan dan minuman, terdapat juga gerai yang menjual hasil kraftangan, pakaian sukan, perlawanan permainan Sony PS3 dan rumah hantu.

Bersesak-sesak di Rumah Hantu & Kota Sesat
Program Hari Kantin ini berakhir pada jam 1.30 tengahari. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga pada 2011 nanti, program ini akan bertambah meriah, dan gerai jualan pula semakin meningkat.

Tuesday, November 9, 2010

'Ferro-cement' - Hasil Sentuhan Pelajar Lanskap

SMKBBS bertuah kerana telah mendapat kerusi taman 'ferro-cement' yang baru, cantik dan anggun. Berkat tunjuk ajar yang diberikan guru lanskap, maka beberapa buah kerusi taman telah berjaya dihasilkan. Hasil kerja yang ditunjukkan pula setanding dengan produk di luar. Terima kasih kepada pelajar lanskap dan tentunya juga kepada guru pembimbing iaitu Cikgu Md Bakri Mohamad. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan!

Cikgu Md Bakri (Kiri Gambar)  Guru Lanskap.

                 
Hasil kerja yang cantik dan bermutu

                             

Monday, November 8, 2010

Tarikh & Aktiviti Terbaru

Berikut adalah tarikh-tarikh  dan peristiwa yang sedang dan akan berlangsung:

Isnin      -        8 Nov 2010 - Pertandingan B/Sepak & B/Jaring Antara Rumah Sukan

Selasa    -       9 Nov 2010 - Pertandingan B/Sepak & B/Jaring Antara Rumah Sukan

Rabu      -     10 Nov 2010 - Hari Kantin SMKBBS

Khamis  -     11 Nov 2010 - Karnival Nasyid

Jumaat -      12 Nov 2010 - Hari Anugerah Ko Kurikulum & HEM

Isnin      -     15 Nov 2010 - Hari Penyampaian Hadiah Sukan dan Permainan

Selasa   -    16 Nov 2010 - Cuti Hari Raya Aidil Adha

Rabu    -     17 Nov 2010 - Hari Raya Aidil Adha

Kejohanan Futsal Sekolah

Pada 3 dan 4 November telah berlangsung Kejohanan Futsal Antara Rumah-rumah Sukan sekolah. Setiap rumah perlu menyediakan pasukan L15, L18 dan P15 dan P15. Semua rumah sukan telah menghantar pasukan masing-masing. Keputusan penuh semua aktiviti akan diumumkan pada hari Isnin 15 November 2010.






Thursday, November 4, 2010

Makan Malam Kelab BEDIL SMKBBS

Makan Malam Kelab BEDIL (Badminton Lelaki) SMK Bandar Baru Serting telah berlangsung pada 3 November 2010. Jamuan ini diadakan sebagai tanda kesyukuran beberapa ahli dalam kelab ini di atas beberapa kejayaan yang telah dicapai.. 
        Selain itu, jamuan ini diadakan sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan kelab ini di dalam beberapa siri pertandingan persahabatan dengan sekolah-sekolah yang lain. Menurut Ketua Jurulatih Kelab ini, En A Hussaini Basha, strategi tahun ini iaitu 'mencari kelab yang dirasakan lemah untuk diajak bertanding bagi memastikan kemenangan' akan diteruskan pada tahun hadapan..


        Penasihat Kelab, Tn Hj Ismail Alias pula meminta setiap ahli kelab  berterusan memberi khidmat  dan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah. Selain itu beliau memuji langkah ahli kelab ini yang saling bekerjasama dalam menjayakan setiap program yang diatur. 




         Menurut koordinator program ini, En Hamdan  Hussin, majlis seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.termasuk insan di belakang tabir yang menaja makanan yang disediakan. Terima kasih semua.

Kejohanan Balapan &Padang Tahunan Ke-20 Serta Permainan

Kejohanan balapan dan padang telah berlangsung pada 1, 2 dan 3 Novermber 2010. Kejohanan ini diikuti pula oleh pertandingan futsal L18/ L15, P 18/P15 pada 3 dan 4 November. Pada 8 dan 9 November pula akan berlangsung pertandingan bola sepak dan bola jaring.
Kejohanan ini melibatkan rumah sukan Laksamana, Bendahara, Temenggung dan Syahbandar. 




Monday, November 1, 2010

Mesyuarat Guru Ke-3 : Nota & Peringatan

Mesyuarat guru kali ke-3 ini telah berlangsung pada 28 Oktober 2010, Khamis, bermula tepat jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 5.15 ptg. Berikut adalah beberapa catatan penting untuk peringatan semua guru.



1. Semua bidang perlu merancang dan membentangkan Program Tahun 2011 pada awal Januari 2011.

2. Pay-slip perlu dicetak sendiri melalui laman web http://www.anm.gov.my. Daftar dahulu, dan lengkapkan butiran.

3. Penarafan Kendiri Standard Guru Malaysia - di alamat http://apps.emoe.gov.my/bpg/sgm/  Semua guru perlu menjawab soalan dalam Standard 1, Standard 2 dan Standard 3. Cetak keputusan yang diberikan dan serahkan kepada Ketua Bidang masing-masing.


4. Tarikh Mesyuarat Kali Pertama 2011 ialah pada 30 Disember 2010, Khamis, jam 8.30 pagi.

5. Program Hari Kantin akan diadakan pada 10 Nov 2010 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Ko-kurilum pada 11 Nov 2010.


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan