Tuesday, April 26, 2011

Mesyuarat Guru dan Kurikulum Kali ke-2

Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada 26 April 2011, bermula jam 3.00 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan kali pertama oleh  pengetua baru iaitu Puan Norhayati Mat Nor. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

1. Sasaran GPS untuk PMR 2011 ialah 2.36 dan untuk SPM pula ialah 4.27. Perkara ini akan diperhalusi semasa mesyuarat bidang dan panitia masing-masing.
2. Dasar sekolah tidak akan berubah walaupun pengetua bertukar silih berganti.
3. Guru-guru yang menggunakan Pusat Sumber sekolah perlu ada bersama-sama pelajar.
4. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk peperiksaan pertengahan tahun perlu dibuat.
5. Cara menulis buku rekod perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
6. "Pigeon hole' di luar bilik guru perlu diperkemaskan untuk mengelakkan pelajar masuk ke bilik guru.
7. Jadual kedatangan mesti berada di pejabat sebelum jam 9.00 pagi. Lengkapkan semua butiran pelajar
8. Banyak bahan yang berkait dengan dasar pendidikan seperti SKPM dan 1 Murid 1 Sukan sudah dimasukkan ke dalam folder teachers. Guru-guru boleh menyalin fail tersebut untuk rujukan.
9.Guru penasihat persatuan, badan beruniform dan sukan, perlu menyiapkan fail masing-masing.
10. Hari pengurusan inventori dan harta modal panitia akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditentukan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang

Puan Norhayati mempengerusikan mesyuarat
Antara guru-guru yang hadir
Serius semasa bermesyuarat

Wednesday, April 13, 2011

Majlis Penutup Minggu ICT 2011

Majlis Penutup program ini telah berlangsung pada jam 2.50 petang bertempat di Dewan Bestari. Acara bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu kebesaran Negeri Sembilan, dan Lagu Smart School. Hadirin kemudian dipertontonkan dengan sedutan hasil kerja guru dan pelajar sama ada lukisan atau video yang telah dihasilkan. Ucapan Majlis Penutup Pengetua juga telah ditayangkan melalui skrin. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. GPK HEM Pn Fatimah Wan Abdullah yang mewakili tuan pengetua telah sudi menyampaikan hadiah.  Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu lepas ialah Quiz ICT, Teka Silangkata, Pertandingan Powerpoint, Pertandingan Mencipta Video dan juga kursus asas bina blog.

Puan Fatimah menyampaikan hadiah
Pelajar menonton  rakaman ucapan penutup pengetua melalui skrin
"Berani bereksperimen"- Maszuriana 3 Abrar Johan Melukis Poster
Video Iffa Nadiah 3 Abrar (Naib Johan) memapar kelitah pelajar.

Gelagat di padang ciptaan Mazlin 4 Abrar menjadi johan video
Video 'Kenangan' ciptaan Ustazah Rafidah menjadi juara
              Video 'Ibu' ciptaan Cikgu Nurulhuda(ke-3)
          mampu 'menggigit'  jika disunting dengan teliti

Video ciptaan Cikgu Norasiah bertajuk 'silat' (naib johan)
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Minggu ICT kali ini. Kepada yang berjaya tahniah  diucapkan dan kepada yang gagal, cuba lagi.

Monday, April 11, 2011

Yang kurik itu kendi... atau kundi?


Yang mana betul? Kendi atau Kundi.
Menurut Kamus Dewan, kendi adalah bekas membawa air. Kundi pula adalah buah saga yang berbintik-bintik, atau dengan kata lain kurik. Pantun ini merujuk kepada buah saga iaitu buah saga yang berwarna merah dan juga buah saga yang berbintik-bintik. Jadi yang mana betul, kendi atau kundi? Mungkinkah pantun tersebut berbunyi:

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

ATAU seperti yang biasa ditulis...
Yang kurik  itu kendi,
Yang merah itu saga...

Ada guru bahasa yang boleh membuat pembetulan?

Saturday, April 9, 2011

LaDaP 3 - Pengguna dan Inventori

Ladap 3 berlangsung dengan jaya di Dewan Bestari pada  Sabtu, 9 April 2011. Bermula pada jam 8.15 pagi, sesi ladap kali ini dihadiri oleh guru dan juga kaki tangan  sokongan sekolah. Sesi pertama adalah 'Sembang Pagi' bersama Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (kpdnkk) cawangan Kuala Pilah. Sesi penerangan tentang kepenggunaan telah disampaikan oleh En Zulkifli b Mat. Beliau menyentuh tentang hak pengguna, langkah-langkah untuk menjadi pengguna bijak dan juga menyentuh peranan kerajaan dalam memastikan pengguna di negara ini tidak ditindas dan jumlah subsidi yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menstabilkan harga barang. Sesi soal jawab juga diadaakan. Selain itu pameran juga telah diadakan oleh pihak KPDNKK. Laman kpndkk boleh dilawati di sini

'Sembang Pagi' bersama En Zulkifli Mat
Antara pamplet yang diberikan percuma
Guru-guru lelaki yang turut hadir

Pengetua, guru dan staf sokongan mengunjungi pameran
Sesi kedua ladap iaitu Pengurusan Inventori bermula jam 10.15 pagi. Penceramah ialah En Hafeze dari SMK Taman Semarak. Sesi ini memfokuskan tentang pengurusan harta modal, inventori, stok, pelupusan dan surcaj. Beliau juga telah mengupas secara panjang lebar tentang penggunaan borang KewPa 2, 3...33, yang mula digunakan bagi aset yang diterima bermula pada 2007. Sesi 'berat' ini berakhir pada jam 12.20 tengah hari. 
Pada masa yang sama, satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Puan Rosmaini Alias, yang akan bertukar ke SMK Bahau. Semoga beliau gembira di tempat kerja yang baru.

En Hafeze dari SMK Taman Semarak memberi taklimat
Tekun mendengar walaupun isinya 'berat'
Walaupun 'berat' tapi masih boleh tersenyum!
Puan Rosmaini menerima cendera hati daripada Kelab Staf

Thursday, April 7, 2011

Mendekati Pengetua Baru SMKBBS 2011

Puan Norhayati Mat Nor
Masih belum terlambat bagi kami, warga sekolah mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengetua yang baru iaitu Puan Norhayati Binti Mat Nor. Bermula sebagai guru biasa,  berkelulusan Kimia (Chemistry)  dan mula bertugas di SMJKC Chi Wen pada 1984.

Setelah hampir 14 tahun berkhidmat di SMJKC Chi Wen, pada 1998, beliau kemudian diberi kenaikan pangkat untuk menjawat tugas sebagai Ketua Bidang Sains Matematik di SMK Bahau. Berikutnya, kepercayaan terus diberikan kepada beliau  untuk menjalankan tugas  sebagai Penolong Kanan Kurikulum (PK1) di SMK Bahau 2, Mahsan.

Bermula pada 2008, beliau diamanahkan tugas sebagai Pengetua SMK Serting Hilir Kompleks. Mula bertugas di SMK Bandar Serting pada awal April 2011.

Cikgu......Selamat Datang ke SMK Bandar Baru Serting.

Friday, April 1, 2011

Minggu ICT SMKBBS 2011


Minggu ICT SMKBBS akan berlangsung pada 4 hingga 10 April 2011. Pelbagai program telah diatur sepanjang program tersebut. Pelancaran akan berlangsung pada 4 April 2011.


Antara aktiviti yang dicadangkan:
Pertandingan Powerpoint (5 - 8 April 2011)
Sasaran : Tingkatan 1 dan 2
Konsep/Tema: 'Teknologi Pemangkin Kecemerlangan’
Tempat : Makmal Komputer   
Masa: Semasa kelas ICTL

Kuiz ICT (5 - 8 April 2011)
Sasaran : Semua pelajar
Konsep/Tema : ICT
Masa : Semasa perhimpunan pagi

Teka Silangkata (6 April 2011)
Sasaran : Semua pelajar
Konsep/Tema : ICT
Masa : Agihan borang jam 8.20 pg. Serahan borang : 10.20pg

Movie Maker  Contest Pelajar (5 - 8 April 2011)
Sasaran : Semua pelajar
Konsep/Tema : Sekolahku ATAU Kelasku
Masa Tayangan : 3 hingga 5 minit
Tarikh serahan : Waktu rehat 8 April 2011

Movie Maker Contest Guru (5 - 10 Aril 2011)
Sasaran : Guru
Konsep/Tema: UMUM
Masa Tayangan : 3 hingga 5 minit
Tarikh serahan : 10 April 2011

Kursus Asas Bina Blog (6 April 2011)
Sasaran : 2 wakil dari Unit-unit beruniform
Tempat : Makmal KDP
Masa : 3.00 ptg

Pertandingan Lukisan (Biasa atau Berkomputer)
Sasaran : Semua
Konsep/Tema : ICT
Nota : Lukisan boleh menggunakan warna biasa seperti warna air, krayon atau arang ATAU menggunakan perisian seperti Paint atau Adobe Photoshop.
Tarikh serahan: 8 April 2011

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah:
Tarikh : 13 April 2011 (RABU) 3.00 ptg
Tempat : Dewan Bestari


Mesyuarat Agung PIBG ke-22 SMKBBS

Mesyuarat Agung ini telah berlangsung pada 31 Mac 2011. Pendaftaran bermula pada jam 2.30. Ibu bapa dan para jemputan mula membanjiri Dewan Bestari seawal jam 2.30 petang. Tetamu jemputan khas iaitu YB Dato' ShamsulKhahar Md Deli, ADUN Serting tiba jam 3.15 petang.

Juara Chorul Speaking Jempol 2011 (SMKBBS) membuat persembahan
Dalam ucapan beliau, YB Dato' ShamsulKhahar memuji kejayaan yang telah dicapai oleh pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam peperiksaan PMR dan SPM. Menurut beliau yang juga Ecxo Pendidikan, kejayaan sekolah ini yang mendapat GPMP 4.53 untuk SPM 2010 amat bermakna sekali kerana ia sudah menghampiri GPMP 4.50 iaitu GPMP bagi 15 sekolah cemerlang di Negeri Sembilan. Sesungguhnya kejayaan sekolah ini turut sama membantu melonjakkan nama dan pencapaian sekolah-sekolah yang mewakili DUN Serting.
        Beliau juga memuji peranan PIBG dan guru-guru yang saling berganding bahu demi memastikan kejayaan cemerlang pelajar di sekolah ini. Beliau berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan. Beliau juga berharap ALUMNI sekolah ini dapat diujudkan untuk menghimpunkan semua bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
        Mesyuarat Agung PIBG bermula tepat jam 5.30 petang.

YB Dato' ShamsulKhahar menyampaikan ucapan perasmian
Penyampaian hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang SPM
Antara ibu-ibu yang hadir
Pelajar cemerlang dan ibu bapa turut hadir
Cik Norazimah menerima sijil prestasi cemerlang P.Akaun SPM 2010
YDP PIBG, En Ithnin Saari menerima cendera hati
Ibu bapa menikmati  jamuan sebelum mesyuarat bermula

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan