Monday, May 23, 2011

Ladap 4 - SKPM 2010

Latihan dalam perkhidmatan (ladap) 4 bertajuk SKPM 2010 berfokuskan Standard 4 pembelajaran dan pengajaran telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Mei 2011. Penceramah jemputan iaitu Tn Hj Mohd Ibrahim Musa yang merupakan individu yang terlibat terus dengan SKPM 2010 , telah diundang untuk memberi input berguna kepada guru-guru sekolah ini. Majlis bermula pada jam 8 pag.
Sesi ladap ini dibahagikan kepada dua iaitu sesi 1 iaitu penerangan tentang Standard 4 yang meliputi penglibatan murid, penguasaan pembelajaran murid, hasil kerja murid, perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian, teknik penyoalan, penguasaan isi kandungan, pengurusan kelas dan amalan profesionalisme keguruan.

Tn Hj Mohd Ibrahim Musa sedang menyampaikan input


Sesi kedua pula bersambung pada jam 11 pagi. Dalam sesi ini guru-guru telah dibimbing dengan contoh-contoh aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Sesi penerangan dan soal jawab juga berlangsung dalam slot dua ini. Sesi ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

Apabila guru menjadi murid...
Aktiviti berpasangan, pencatat dan penyampai maklumat..
Mencatat maklumat yang diperolehi
Sesi penerangan selepas aktiviti
Bergerak untuk mendapatkan info..
Mendengar arahan dengan teliti dari guru...
Sesi menyatukan idea ...
Dah siap buat latihan?
Sesungguhnya ladap kali ini banyak membantu guru dalam meningkatkan amalan profesionalisme keguruan terutama dalam  meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Thursday, May 19, 2011

Sambutan Hari Guru

Pelbagai program  telah dijalankan sempena sambutan hari guru peringkat sekolah  yang berlangsung pada 16 Mei 2011 lalu. Antaranya ialah aktiviti senamrobik untuk guru-guru, menanam pokok, dan 'explore race'. Selain itu, guru-guru dan pelajar sama-sama mendengar perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Persembahan guru dan pelajar juga telah diadakan. Penutup kepada sambutan hari guru ialah jamuan kelas yang diadakan untuk meraikan guru-guru yang mengajar di kelas tersebut.

Program Menanam Pokok
Senamrobik
Senyuman hari guru
Explore race - sedang mencari 'petunjuk'
Explore race - memecah kebuntuan
Explore race - menyusun puzzle
Explore race - mencari  anak  ikan yang hilang
Proses 'menconteng arang' ke muka cikgu
Explore race - car wash
Ice cream percuma untuk pelajar
Memotong pulut kuning hari guru
Berbaris menunggu kejutan
Penonton sabar menunggu
Berlatih sebelum beraksi di pentas
Persembahan  berbisa dari guru-guru lelaki - Tarian Ngajat
Hore.. Hore..Persembahan penutup dari pengawas


Saturday, May 14, 2011

Seminar Peperiksaan PMR 2011 Jempol Jelebu Tajaan Tabung Haji

Seminar Peperiksaan PMR 2011 Peringkat Jempol dan Jelebu telah diadakan pada 14 Mei 2011, di Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting. Hampir 300 pelajar dari sekolah-sekolah Daerah Jempol Jelebu menghadiri seminar ini. Seminar ini adalah tajaan Tabung Haji, Kelab TAHA dengan kerjasama minda Berita Harian. Seminar ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Bandar Baru Serting, iaitu Pn Norhayati Mat Nor.
3 orang penceramah telah diundang untuk memberi penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar berkaitan subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Program yang bermula jam 8.30 pagi ini berakhir pada jam 5.00 petang.

 Pengetua bersama pelajar semasa sesi fotografi
Penceramah Bahasa Inggeris sedang menyampaikan ceramah

Thursday, May 12, 2011

Pertandingan Kawad Kaki 2011

Satu pertandingan kawad kaki unit beruniform smk bandar baru serting telah berlangsung pada 11 Mei 2011, bermula jam 2.45 petang. Persatuan Bulan Sabit Merah telah diumumkan sebagai Juara, diikuti oleh Pasukan Kadet Polis di tempat kedua, dan Pertahanan Awam di tempat ketiga. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pemangku PK Kokurikulum iaitu Puan Norleila Ismail. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.

Juara Kawad Kaki - Bulan Sabit Merah
Naib Johan - Kadet Polis
Ketiga - Pertahanan Awam
Antara unit-unit yang mengambil bahagian

Pn Norleila menyampaikan hadiah

Aksi para hakim

Cuba lagi!

Jangan patah semangat!

Berlatih lebih kuat!

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan