Tuesday, October 18, 2011

Akhirnya kebenaran terserlah...

Khabar kemenangan pasukan bola sepak kelab guru smkbbs ketika menentang kelab guru smk Lui Barat rupanya tidak benar. Berita ini sedikit sebanyak telah mengganggu emosi dan menimbulkan keresahan kepada kelab guru smk Lui Barat. Cerita-cerita kemenangan rupanya sengaja direka untuk menutup kesedihan akibat kekalahan tersebut. Ada pemain yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan. SMKBBS sebenarnya telah TEWAS (5-2 ?) 
       Menyedari kesilapan ini, admin blog ini ingin memohon jutaan maaf atas berita yang tidak benar ini. Admin menyesal kerana tidak menyelidiki hal ini sebelum menyiarkannya. Semoga permohonan maaf ini diterima. Diharapkan hal ini tidak mengeruhkan hubungan baik yang kita bina selama ini. Dan yang paling penting, janganlah peristiwa ini dibawa balik ke rumah untuk diperdebatkan, maklumlah ada guru-guru di sini yang suami atau isteri mereka berkhidmat di smk Lui Barat! 
       Minta ampun  banyak-banyak kepada Kelab guru smk Lui Barat atas kesilapan berita ini. Bila kita nak bermain lagi? Kami rela dibelasah!

Gambar hiasan... Maafkanlah kami.

Thursday, October 13, 2011

Perlawanan Bolasepak Persahabatan ...khabarnya MENANG!

12 Oktober 2011 - 5.30 petang
Team Bolasepak guru-guru SMKBBS yang baru ditubuhkan dan dikatakan masih dalam proses bertatih telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang team SMK Lui Barat. Perlawanan berlangsung dalam suasana persahabatan, sopan dan tidak ada layangan kad kuning kepada pemain. Yang indahnya ialah, khabarnya team sekolah ini telah menang dengan jaringan 4-3. Yes... kita menang. Kita patut merasa bangga atas kemenangan ini. Tahniah kepada semua...

 
 
 


Mesyuarat Kokurikulum ke-3

Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada 12 Oktober 2011 bermula jam 2.30 ptg. Antara perkara yang dibincangkan ialah cara pemarkahan aktiviti kokurikulum pelajar dan cadangan program  selepas peperiksaan untuk pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4. Turut dibincangkan ialah program Perkemahan Unit Beruniform dan juga Program Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Mesyuarat berakhir pada jam 4.30 petang.

 



Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan