Tuesday, January 29, 2013

Selamat Bertugas Di Tempat Baru...

Watak penting di smkbbs iaitu Cikgu Hamdan Husin telah naik pangkat dan bertugas di tempat baru. Sesungguhnya rakan-rakan di smkbbs sangat terharu di atas perpindahan ini.  Terharu kerana  kehilangan seorang guru dan rakan yang baik, pemurah, penyayang, suka belanja rakan-rakan dan sangat mengambil berat. Selain itu, rakan-rakan yang tinggal rasa terharu kerana  'terpaksa' bersama-sama menggalas tugas-tugas yag ditinggalkan. Antara tugas besar yang beliau tinggalkan  ialah Setiausaha PIBG, Bos  Besar Majalah, MC Majlis-majlis Perdana,  Pakar Rujuk PBS, dan kadang-kadang menjadi pakar rujuk apabila rakan-rakan mengalami masalah rumah tangga! 
Sekarang fahamlah kami betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh Cikgu Hamdan selama ini..
Cikgu.... Selamat bertugas di tempat baru. Pandai-pandailah membawa diri.. Didoakan berjaya dan cemerlang di sekolah yang baru.

 
 

Thursday, January 24, 2013

Majlis Pelancaran Nilam 'Jom Baca' 2013

Majlis telah dilancarkan secara rasminya pada 21 Jan 2013. Pelancaran telah disempurnkan oleh Puan Zainon Idris, PK1 yang mewakili Pengetua smkbbs. Pelbagai program telah diatur dan akan dilaksanakan sempena program ini. Antaranya ialah pengkisahan buku yang sudah dibaca, yang melibatkan guru serta murid.

Gimik Pelancaran
 
Nyanyian Lagu Nilam
 
'Dengarlah ceritaku'


Tuesday, January 22, 2013

LDP 2 - Live Movie Maker

Program LDP2 telah berlangsung di makmal EPU1 smkbbs pada 18 Jan 2013. Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu pada jam 8.30 pagi dan jam 11.00 pagi. Program ini dikendalikan oleh En Ahmad Hussaini Basha, En Sauffi , dan En Mohd Khahar. Melalui perisian ini, guru-guru telah didedahkan dengan teknik penyuntingan dan penghasilan video. Adalah diharapkan guru-guru dapat memanfaatkannya  untuk penghasilan bahan untuk digunakan di dalam kelas atau penghasilan video peribadi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Merentas Desa 2013

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kejohanan Merentas Desa smkbbs 2013 telah berlangsung pada 18 Jan 2013. Larian bermula dan berakhir di padang sekolah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En Ahmad Tajuddin Othman, YDP PIBG smkbbs.

Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100

Majlis ini telah berlangsung pada 17 Jan 2013, bermula jam 3.00 petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Shamsulkahar Bin Mohd Deli,  Pengerusi JK Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.

Kaunter Pendaftaran - Senyuman Menyambut Kehadiran Ibu Bapa
Pendaftaran ibu bapa
Ucapan YB. Dato' Shamsulkahar Bin Mohd Deli
 
Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM 100
 
 

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013

Majlis ini telah berlangsung pada 17 Januari 2013. Majlis bermula jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Bestari smkbbs. Majlis perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG smkbbs, En Ahmad Tajuddin Othman. Pelajar cemerlang pada 2012 dari setiap tingkatan serta pelajar terbaik bagi setiap mata pelajaran telah menerima hadiah masing-masing.

Antara penerima anugerah
Kaunter Pendaftaran Penjaga
Ucapan PK1 mewakili Pengetua
Majlis Perasmian oleh YDP PIBG
Majlis Penyampaian Hadiah
 
 
Pendaftaran ibu bapa
 
Antara ibu bapa yang hadir
Persembahan Pelajar
 
 
 


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan