Thursday, October 31, 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2013

31 Oktober 2013 - Dewan Blok C SMKBBS
    Jamuan akhir tahun anjuran Pengawas SMK Bandar Baru Serting bagi tahun 2013.


AKTIVITI SELEPAS PMR

31 Oktober 2013 - Padang SMKBBS
   Permainan Futsal antara kelas Tingkatan 3 serta bersama guru.

IZIN ILMU SPM 2013

31 Oktober 2013 - Dewan Bestari SMKBBS
    Telah diadakan majlis Izin Ilmu pelajar SPM tahun 2013.Kami para Guru mendoakan kejayaan anda semua.





Wednesday, October 30, 2013

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM & HEM 2013

30 Oktober 2013 - Dewan Bestari SMKBBS
    Kejayaan dalam bidang akademik bermula dari kecemerlangan dalam diri murid. Salah satu aspek yang diberi perhatian serius adalah berkaitan kehadiran murid ke sekolah. Lantaran itu, pada setiap tahun unit HEM mengadakan Hari Anugerah untuk memberi penghargaan kepada murid yang mencatat kehadiran penuh pada setiap bulan. Di samping itu murid yang mempunyai akhlak terpuji juga diberi penghargaan. Begitu juga unit Kokurikulum, turut memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mencipta kecemerlangan baik dalam persatuan, unit beruniform mahupun sukan.


Anugerah Wirawati Kokurikulum
Anugerah Wirawan Harapan
Anugerah Wirawan Kokurikulum
Anugerah Khas HEM

BENGKEL KEMASKINI DATA EMIS ONLINE

30 Oktober 2013 - Makmal MBMMBI SMKBBS
    Satu Bengkel Kemaskini Data EMIS Online Kutipan Oktober 2013 yang dianjurkan oleh PPD Jempol Jelebu di SMK Bandar Baru Serting,bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.Bengkel telah dihadiri oleh guru-guru Data daerah jempol.Fasi yang terlibat adalah En. Ros Saifullizan Bin Yahya - PEN. PPD ICT



Tuesday, October 29, 2013

KURSUS PRS (PEMBIMBING RAKAN SEBAYA) 2013

           Tarikh 26 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu gabungan PRS SMK Bandar Baru Serting seramai 28 orang bersama PRS SMK Lui Barat seramai 24 orang.Jumlah keseluruhan seramai 52 orang yang terdiri daripada PRS tingkatan 1 hingga 4.Guru pengiring ialah Puan Zuerieani binti Nong dan Puan Nazariyah binti Md Nor dari SMK Bandar Baru Serting juga Puan Sanisah binti Ayon dari SMK Lui Barat.Kursus ini dijalankan di Agro Star Fresh, Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan.Seawal  7.00 pagi para peserta berkumpul di kantin sekolah dan berkursus dengan pelbagai aktiviti yang mencambah minda seperti ice breaking,out door – kumpul duit, mencari pasangan yang setiap satu mengandungi falsafah tersendiri.Selepas makan tengahari peserta membuat LDK dan seterusnya membentangkan hasil dapatan mereka.Program tamat sehingga 5.30 petang


KERJA AMAL DAN KEROHANIAN RAKAN MASJID

       Program Selepas PMR 2013.  Seramai 38 orang pelajar perempuan dan 47 orang lelaki telah hadir pada 23 Oktober 2013 bersamaan hari Rabu.  6 orang guru pengiring menjadi pembimbing murid-murid dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Masjid memantau gotong royong yang dijalankan oleh mereka.  Murid-murid telah berjalan kaki ke masjid yang jaraknya dalam 800 meter.  Pengisian program didahulukan dengan taklimat dan pengagihan tugasan dan kerja-kerja amal dilakukan sehingga jam 10.30 pagi.  Selepas Rehat lebih kurang jam 11.30 pagi semua murid mengikuti slot kerohanian iaitu mengerjakan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Hajat dan Membaca Yassin.  Murid-murid ini juga sebelum menunaikan Solat Zohor Berjemaah mereka mendengar Tazkirah daripada Tuan Imam 1.  Semoga anak-anak ini mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat hendaknya.  Insyaallah. 


PROGRAM F1 SCHOOL CHALLENGER ZON SELATAN

PROGRAM F1 SCHOOL CHALLENGER ZON SELATAN
ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program Selepas PMR 2013
Seramai  48 orang perempuan dan 56 orang lelaki murid tingkatan 3, 2013 dengan berjalan kaki menuju destanasi  melihat rekaan  kereta F1, daripada sekolah yang terpilih dari Zon Selatan.  Mereka yang bertanding menunjukkan kepakaran mencipta kereta mengikut kekuatan, kelajuan, ketahan dan penjimatan bahan api .Pada hari tersebut belum ada pemenang kerana pertandingan masih dijalankan sehingga hari Rabu 23 Oktober 2013 yang perasmian penutup oleh Encik Khairy Jamaludin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan. 

KEJOHANAN SUKAN 1M1S PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI

 24 Oktober 2013 - SM Sukan Za'ba Kuala Pilah
  
      Pada 24 Oktober 2013 telah berlangsung kejohanan sukan 1M1S peringkat negeri di SSN SMK Zaaba dan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.Sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring 3 on 3, Bola Keranjang, balapan dan padang.
      Pertandingan dijalankan di SM Sukan Za’ba Kuala Pilah.SMK Bandar Baru Serting merupakan Johan Daerah Jempol dan Jelebu.Seramai 5 pemain dari tingkatan 1.Pasukan SMK Bandar Baru Serting mendapat tempat kedua (Naib Johan) dengan ketinggalan 4-5 dari pasukan Seremban.   Tahniah ! Semoga tahun hadapan menjuarai pertandingan ini

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan