Tuesday, February 25, 2014

PERTANDINGAN BILIK KHAS

25 Februari 2014 - Selasa - Bilik Khas SMK Bandar Baru Serting

     Pagi ini dijalankan proses pemantauan bagi memilih Bilik Khas terbaik tahun 2014 untuk Pertandingan Bilik Khas.Pemantau terdiri daripada Tuan Pengetua , Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum bahi menilai dan memberi markah kepada bilik-bilik yang dipertandingkan.

KUIZ ASEAN

25 Februari 2014 - Selasa - Makmal EPU 1

     Para pelajar menyertai kuiz ASEAN secara atas talian http://asean.inform.gov.my/.


Friday, February 21, 2014

MAJLIS PENYERAHAN BUKU KEDATANGAN KELAS TAMBAHAN PPMR & SPM 2014

21 Februari 2014 - Jumaat - Tapak Perhimpunan SMk Bandar Baru Serting

    Majlis penyerahan buku kedatanga Kelas Tambahan bagi pelajar tingkatan 3 yang akan menduduiki PPMR tahun 2014 dan pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tahun 2014. Disampaikan oleh Tuan pengetua SMK Bandar Baru Serting. Semoga pelajar yang terlibat akan mengambil kesempatan ini untuk berusaha lebih lagi dalam peperiksaan yang akan diduduki nanti.



MAJLIS PERPISAHAN HJ NORLINA SIA BT ABDULLAH

21 Februari 2014 - Jummat - Tapak Perhimpunan Anjung Khadijah

     Majlis telah diadakan pagi ini di tapak perhimpunan SMK Bandar Baru Serting. Puan Hjh Norlina Sia yang telah mencurah bakti dan sumbangan selama 14 tahun di SMK Bandar Baru Serting kini akan memulakan tugas di tempat baharu iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu bermula Isnin ini. Kami warga sekolah memohon ampun dan maaf untuk segalanya.Kami sayang Cikgu.



Thursday, February 20, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN,KESIHATAN,KESELAMATAN)

20 Februari 2014 - Khamis , Bilik Mesyuarat SMKBBS
   
     Mesyuarat Jawatankuasa 3K (Kebersihan,Kesihatan,Keselamatan) kali pertama bagi tahun 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKBBS,Ucapan alu-aluan daripa Pengetua Pn Hjh Norhayati Bt Mat Nor. Terima Kasih kepada AJK yang dilantik bagi tahun ini.




Monday, February 17, 2014

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU HJH FATIMAH (GPK HEM)

17 Februari 2014 - Isnin - Dewan Bestari SMKBBS

     Majlis Perpisahan Cikgu Hjh Fatimah Bt Wan Abdullah yang akan memulakan khidmat sebagai Guru Penolong Kanan 1 di SMK Batu Kikir Modal Khas.Untuk pengetahuan ,beliau telah berkhidmat di SMK Bandar Baru Serting Selama 20 tahun. Satu kehilangan besar dirasai bagi sekolah ini. Walau bagaimanapun kami warga sekolah mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan mengucapkan selamat maju jaya.

Terima Kasih Cikgu Hjh Fatimah Bt Wan Abdullah

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2014

17 Februari 2014 - Dewan Bestari SMKBBS

     Pagi ini diadakan majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah bagi sesi 2014,majlis telah disempurnakan oleh Ketua Polis IPD Jempol Tuan Haji Hamzah Bin Alias dan ASP Md khairudin Bin Husin.Terima Kasih kepada tetamu kehormat yang dapat hadir bagi menyampaikan watikah pelantikan ini.

Wednesday, February 12, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSNS 2014

12 Februari 2014 - Dataran Seri Jempol (Feldajaya) & Padang SMKBBS

     Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri MSSNS 2014,telah berlangsung dengan jayanya pagi ini bermula jam 8.50 pagi,Terima Kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada semua pemenang.




Tuesday, February 11, 2014

CABARAN PERSIAPAN MERENTAS DESA MSSNS 2014

11 Februari 2014 - Trek Merentas Desa MSSNS 2014 (Bandar Seri Jempol)

   Seminggu berlalu setelah Kejohanan Merentas Desa MSSDJ pada 29 Januari 2014 yang lalu, dengan keadaan cuaca panas dan kering, semalam Bandar Seri Jempol dilanda angin kencang dan hujan lebat,walaupun untuk seketika. Keadaan tersebut telah menyebabkan kerosakan pada bahagian penamat dengan 4 buah khemah rosak akibat ditiup angin dan trek kebun getah dipenuhi air. Sebagai sekolah pengelola bagi tahun ini beberapa inisiatif segera diambil bagi memberi keselesaan dan kelancaran kepada para peserta kejohanan. Terima Kasih kepada Guru dan Pelajar SMK Bandar Baru Serting kerana memberi kerjasama (150%)  yang terbaik setakat ini.

Monday, February 10, 2014

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS,FROG VLE CHAMPION & BRIGED BESTARI 2014

10 Februari 2014 - Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting

     Watikah Pelantikan Pengawas PSS,FROG VLE Champion dan Briged Bestari telah diadakan pada pagi ini di Dewan Bestari SMKBBS,Terima Kasih Kepada En Sharizan Bin Ibrahim yang mewakili Pengarah BTPN Negeri Sembilan.


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan