Monday, March 31, 2014

PERTANDINGAN WORDMANIA GRANDFINALS MALAYSIA 2014

27 Mac 2014 - Majestic Hotel, Kuala Lumpur

    Tahniah kepada Aida Farihah Bte Amir Haszuwanni kerana telah berjaya ke ertandingan akhir WORDMANIA Malaysia yang telah diadakan di Majestic Hotel Kuala Lumpur. Terima Kasih juga kepada Guru Pembimbing Puan Maziana Bt Osman serta rakan-rakan kelas Aida Farihah serta ibu bapa beliau yag hadir memeberi sokongan.

Thursday, March 20, 2014

KEPUTUSAN SPM BAGI PEPERIKSAAN TAHUN 2013

20 Mac 2014 - Bilik Pengetua SMKBBS

       Lebih Kurang Jam 11.30 pagi ini, Puan Pengetua baru pulang dari Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2013,nampaknya sudah ramai guru yang menunggu di luar pejabat untuk mengetahui data peperiksaan tersebut.Majlis penyampaian slip keputusan telah didakan di Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting pada jam 12.30  hari ini.Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 5 sesi 2013 dan ibu bapa yang turut hadir..




Wednesday, March 19, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 TAHUN 2014/2015

20 Mac 2014 - Dewan Bestari SMKB Bandar Baru Serting
     Telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa & Guru Kali ke-25 untuk sesi 2014/2015,di Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting bermula seawal jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.oo petang,di hadiri oleh wakil Pengarah PPD Jempol Jelebu Tuan Hj Mohd Fuzi Bin Aziz dan tetamu jemputan Tuan Deputi Supritendan Tukiman Bin Seriman ,tidak lupa juga AJK serta Ibu Bapa pelajar yang dapat hadir bersama bagi menjayakan Mesyuarat tersebut.
YDP En Ahmad Tajuddin bersama barisan AJK PIBG sesi 2014/2015
Untuk Pengguna Telefon Pintar Klik Disini

Tuesday, March 18, 2014

BENGKEL PENGISIAN DATA SMPK ATAS TALIAN TAHUN 2014 (JPN NS)

18 Mac 2014 - Selasa - Makmal MBM MBI SMKBBS

     Telah diadakan satu bengkel Pengisian Data SMPK secara atas talian bagi tahun 2014, dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,Sektor Pend. Swasta & Pendidikan Khas,Terima kasih kepada yang semua yang hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan bengkel tersebut.

Ceramah disampaikan oleh En Azlan Ketua Unit Pend. Swasta
Dibantu oleh En Rahim Unit Pend. Swasta

Monday, March 10, 2014

HARI JALINAN KASIH DARI HATI KE HATI

11 Mac 2014 - Dewan Bestari & Dewan Blok C SMKBBS

simplebooklet.com

Program ini dirangka bagi memastikan semua calon SPM dan PPMR 2014 telah merancang jadual belajar dan menetapkan azam serta menjangka pencapaian yang akan mereka perolehi dalam peperiksaan awam tersebut. Di samping itu, program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peranan mereka dalam membantu merealisasikan impian dan kejayaan anak-anak.

Klik Disini Bagi Pengguna Telefon Pintar 

 Bersama Ustaz Mohd Badrulzaman B Suhaili


Bersama Imam Muda Aran

Ikrar Pelajar T3 PPMR & T5 SPM 2014


Wednesday, March 5, 2014

PERTANDINGAN KECERIAAN PAPAN KENYATAAN 2014

4 Mac 2014 - Sekitar bangunan SMKBBS

      Pagi ini dijalankan proses pemantauan bagi memilih Papan Kenyataan terbaik tahun 2014 untuk Pertandingan Keceriaan Papan Kenyataan.Pemantau terdiri daripada Tuan Pengetua , Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum bahi menilai dan memberi markah kepada papan kenyataan yang dipertandingkan.


LDP PLC 2014

3 Mac 2014 - Bilik Mesyuarat SMKBBS

   Sesi Latihan Dalam Perkhidmatan dengan tajuk Professional Learning Communities (PLC) telah didakan di Bilik Mesyuarat dan disampaikan oleh Cikgu Azizah Bt Radzali  Ketua Bidang Sains & Matematik. Terima Kasih kepada semua guru yang hadir.


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan