Friday, September 26, 2014

MAJLIS PERPISAHAN EN MUHAMMAD NUR DAROJAT GURU PRAKTIKAL

26 September 2014 - Anjung Khadijah SMK Bandar Baru Serting
     Pada pagi ini,selesai bacaaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Khahar,satu majlis penghargaan dan perpisahan kepada En Muhammad Nur Darojat B Shaudin dari Kolej Universiti Islam Melaka yang telah mula menjalani Praktikal di SMK Bandar Baru Serting pada 2 Jun 2014 sehingga hari ini.Tahniah dan ucapan ribuan terima kasih pada beliau yang telah banyak membantu dalam semua perkara.

Thursday, September 25, 2014

PROGRAM FIZIKAL CEMERLANG,AKHLAK GEMILANG,AKADEMIK TERBILANG

25 September 2014 - Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting
     Bermula jam 8.00 pagi telah berlangsung Program Fizikal Cemerlang, Akhlak Gemilang  Akademik Terbilang bagi semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki Ujian PT3 tidak lama lagi.Program anjuran Unit Kaunseling SMK Bandar Baru Serting ini telah dibawa oleh Penceramah Jemputan dari Excite Learning Consultancy En Shaiman Bin Deris dan beberapa orang lagi Fasilitator.Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.

Wednesday, September 24, 2014

PERTANDINGAN MEMASAK UNIT PBSM SMKBBS

24 September 2014 - Padang SMKBBS
     Pertandingan memasak bagi unit beruniform PBSM

BENGKEL HANDS ON SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

24 September 2014 - Makmal MBM MBI SMK Bandar Baru Serting
     Bengkel Hands On Guru Admin bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk pengisian lengkap data berkaitan kehadiran murid Negeri Sembilan tahun 2014.Bengkel anjuran PKG Bahau ini bermula seawal jam 8.00 pagi di makmal komputer SMK Bandar Baru Serting.Tahniah kepada semua guru yang hadir.

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT NEGERI

24 September 2014 - SMK Bukit Kepayang
         Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri di SMK Bukit Kepayang.Seramai 18 org pelajar perempuan daripada 2 a dan 12 orang pelajar perempuan daripada 1a terlibat.Doakan kejayaan kami dan permudahkan urusan kami serta selamat perjalanan kami.



Tuesday, September 23, 2014

PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI

23 September 2014 -Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting
   Telah berlangsung satu Program Pembangunan Jati Diri bagi 41 orang pelajar terdiri daripada Tingkatan 1 2 dan 4.Penceramah jemputan En Syazwan Sobri dan barisan fasilitator dari KUIH (Kolej Universiti Islam Melaka).Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Monday, September 22, 2014

PROGRAM GERAKAN TABIAT MEMBACA

22 - 26 September 2014 - BTPN Negeri Sembilan
    Program Gerakan Tabiat membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan,Salah seorang pelajar Najihah bt Bahudin mewakili SMK Bandar Baru Serting ke acara tersebut
Najihah

Friday, September 19, 2014

MAJLIS PERPISAHAN PUAN NORAZNI ISHAK

19 September 2014 - SMK Bandar Baru Serting
     Telah diadakan Majlis Perpisahan Puan Norazni Bt Ishak,setelah berkhidmat di SMK BBS lebih kurang 2 tahun akhirnya ,Tahniah kepada puan yang akan berpindah ke SMK Bahau bermula Isnin ini.Kami warga SMKBBS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan puan ditempat baharu nanti.Jangan lupakan kami disini.
Puan Norazni Ishak

Wednesday, September 17, 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & KARNIVAL SEJARAH 2014

12 September 2014 - SMK Bandar Baru Serting
OBJEKTIF :
1.Memupuk semangat cintakan negara.
2.Melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab 
serta mempunyai nilai-nilai patriotisme yang tinggi.
3.Mendidik pelajar menghargai jasa-jasa pejuang- 
pejuang kemerdekaan dan pemimpin-pemimpin negara

Tuesday, September 9, 2014

PEMANTAUAN PBS JEMAAH NAZIR KEBANGSAAN (JNJK)

08 - 09 September 2014 - Bilik Mesyuarat SMKBBS
           Alhamdulillah akhirnya tibalah giliran SMK Bandar Baru Serting untuk dipantau oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kebangsaan.Pada 8 September 2014, seawal jam 7.30 pagi, Jemaah Nazir mula memasuki kawasan sekolah dan memulakan tugas. Mereka berkampung sehingga 9 September 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih diatas tunjuk ajar dan kerjasama kedua belah pihak dalam menjayakan pemantauan ini.Tahniah

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan