Tuesday, December 27, 2016

Wednesday, December 7, 2016

INTERNATIONAL GIRL GUIDES CENTENARY CAMP 2016

28 November 2016 hingga 01 Disember 2016 - Kem PLKN Karisma, Kuala Pilah
    Seramai 700 penyertaan ahli pandu puteri dari 7 buah negara iaitu Sri Lanka, Myanmar, Brunei, Australia, Bangladesh, Maldives, Pakistan dan 17 pasukan Pandu Puteri seluruh  Malaysia telah menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti  telah dijalankan iaitu larian berhalangan, kraftangan, permainan kreatif, tarian, monkey walk, flying fox, lawatan ke NS Dairy, permainan tradisional dan wall climbing. Daerah Jempol telah menghantar 20 org ahli pasukan Pandu Puteri yang terdiri daripada pasukan Pandu Puteri SMK Bandar Baru Serting, SMK Datuk Mansor Dan SBPI Jempol serta dua orang pemimpin iaitu Puan Siti Rafidah Binti Jas (SMK Bandar Baru Serting) dan Puan Zairina (SMK Datuk Mansor). Terdapat 8 sub camp bagi perkhemahan pada kali ini dan pasukan Pandu Puteri Daerah Jempol berada dalam sub camp Parrot yang dianggotai oleh Pandu Puteri Jempol Negeri Sembilan, Negeri Johor, Negeri Kelantan dan Sri Lanka. Sub Camp  parrot telah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan larian berhalangan. Perasmian penutup perkhemahan telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aisyah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan