Alhamdullillah, pengagihan bantuan persekolahan RM100 di smkbbs telah disampaikan kepada para pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Seharusnya pemberian ini diiringi dengan ucapan syukur kepada Tuhan. Dan sebagai tanda terima kasih atas pemberian dari Bajet 2012 ini, maka sewajarnya wang yang diterima ini dibelanjakan secara bijaksana dan berhemah, iaitu untuk tujuan meringankan beban ibu bapa apabila menghadapi sesi persekolahan 2012 nanti.
No comments:
Post a Comment