HALAMAN

Tuesday, January 29, 2013

Selamat Bertugas Di Tempat Baru...

Watak penting di smkbbs iaitu Cikgu Hamdan Husin telah naik pangkat dan bertugas di tempat baru. Sesungguhnya rakan-rakan di smkbbs sangat terharu di atas perpindahan ini.  Terharu kerana  kehilangan seorang guru dan rakan yang baik, pemurah, penyayang, suka belanja rakan-rakan dan sangat mengambil berat. Selain itu, rakan-rakan yang tinggal rasa terharu kerana  'terpaksa' bersama-sama menggalas tugas-tugas yag ditinggalkan. Antara tugas besar yang beliau tinggalkan  ialah Setiausaha PIBG, Bos  Besar Majalah, MC Majlis-majlis Perdana,  Pakar Rujuk PBS, dan kadang-kadang menjadi pakar rujuk apabila rakan-rakan mengalami masalah rumah tangga! 
Sekarang fahamlah kami betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh Cikgu Hamdan selama ini..
Cikgu.... Selamat bertugas di tempat baru. Pandai-pandailah membawa diri.. Didoakan berjaya dan cemerlang di sekolah yang baru.

 
 

No comments:

Post a Comment