HALAMAN

Tuesday, October 29, 2013

KERJA AMAL DAN KEROHANIAN RAKAN MASJID

       Program Selepas PMR 2013.  Seramai 38 orang pelajar perempuan dan 47 orang lelaki telah hadir pada 23 Oktober 2013 bersamaan hari Rabu.  6 orang guru pengiring menjadi pembimbing murid-murid dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Masjid memantau gotong royong yang dijalankan oleh mereka.  Murid-murid telah berjalan kaki ke masjid yang jaraknya dalam 800 meter.  Pengisian program didahulukan dengan taklimat dan pengagihan tugasan dan kerja-kerja amal dilakukan sehingga jam 10.30 pagi.  Selepas Rehat lebih kurang jam 11.30 pagi semua murid mengikuti slot kerohanian iaitu mengerjakan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Hajat dan Membaca Yassin.  Murid-murid ini juga sebelum menunaikan Solat Zohor Berjemaah mereka mendengar Tazkirah daripada Tuan Imam 1.  Semoga anak-anak ini mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat hendaknya.  Insyaallah. 


No comments:

Post a Comment