28 November 2016 hingga 01 Disember 2016 - Kem PLKN Karisma, Kuala Pilah
Seramai 700 penyertaan ahli pandu puteri dari 7 buah negara
iaitu Sri Lanka, Myanmar, Brunei, Australia, Bangladesh, Maldives, Pakistan dan
17 pasukan Pandu Puteri seluruh Malaysia
telah menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu larian berhalangan,
kraftangan, permainan kreatif, tarian, monkey walk, flying fox, lawatan ke NS
Dairy, permainan tradisional dan wall climbing. Daerah Jempol telah menghantar
20 org ahli pasukan Pandu Puteri yang terdiri daripada pasukan Pandu Puteri SMK
Bandar Baru Serting, SMK Datuk Mansor Dan SBPI Jempol serta dua orang pemimpin
iaitu Puan Siti Rafidah Binti Jas (SMK Bandar Baru Serting) dan Puan Zairina (SMK
Datuk Mansor). Terdapat 8 sub camp bagi perkhemahan pada kali ini dan pasukan Pandu
Puteri Daerah Jempol berada dalam sub camp Parrot yang dianggotai oleh Pandu
Puteri Jempol Negeri Sembilan, Negeri Johor, Negeri Kelantan dan Sri Lanka. Sub
Camp parrot telah berjaya meraih tempat
kedua dalam pertandingan larian berhalangan. Perasmian penutup perkhemahan
telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aisyah
Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
No comments:
Post a Comment