HALAMAN

Sunday, April 1, 2018

PROGRAM KEM PERPADUAN 1 MALAYSIA (RIMUP) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2018

27 - 29 Mac 2018 - Kem Tranformasi Pendidikan. PPD Rembau
        Seramai 96 orang peserta telah menyertai Program RIMUP Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018 bertempat di Kem Transformasi Pendidikan, PPD Rembau. 7 buah daerah telah menyertai program ini dan SMKBBS telah menghantar 3 orang peserta iaitu Aiman Maziz bin Mohd Mustatafa dari tingkatan 3 Abrar, Nur Dini Zulaikha binti Yunus (2 Amru) dan Ramyah a/p Velusamy (2 Amru). Beberapa modul berkaitan perpaduan antara kaum telah dilaksanakan dan beberapa pertandingan turut dijalankan. Alhamdulillah peserta SMKBBS berjaya menggondol Johan bagi modul sukan dan permainan (Aiman Maziz) dan naib johan bagi modul kebudayaan dan kesenian (Ramyah dan Dini Zulaikha). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Peserta sekolah telah diiringi oleh Puan Siti Rafidah binti Jas yang turut sama bertugas sebagai Fasilitator program

No comments:

Post a Comment