![]() |
Bandar Seri Jempol |
![]() |
SMK Bandar Baru Serting |
LATAR
BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting (SMKBBS) terletak
dalam daerah Jempol. Bahau ialah bandar yang terhampir dengan jaraknya
kira-kira 12km. Sekolah ini dibuka pada 1hb. Disember 1989. Pada peringkat
awalnya, sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting yang terletak
bersebelahan dengan lokasi sekolah sebenar sekarang. Bilangan guru ketika itu
hanyalah seramai 13 orang. Manakala jumlah pelajar tingkatan 1 pada tahun
pertama persekolahan ialah seramai 193 orang yang diagih-agihkan kepada enam
kelas. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang.
Pada 1hb. Jun
1990, SMKBBS telah berpindah ke lokasi sekolah sebenar yang terletak di dalam
kawasan pembangunan FELDA dengan keluasan kira-kira 16 ekar persegi. Pada
awalnya, sekolah hanya mempunyai 3 buah bangunan setinggi 2 tingkat. Disebabkan
bilangan pelajar yang semakin bertambah, mulai tahun 1992 SMKBBS telah
mengadakan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Sesuai dengan
peningkatan jumlah pelajar, infrastruktur sekolah juga telah bertambah dengan
pembinaan 3 buah bangunan baru iaitu sebuah bangunan setinggi 3 tingkat dan 2
buah bangunan setinggi 2 tingkat yang telah siap dibina pada pertengahan tahun
1994. Berdasarkan perkembangan fizikal dan pertambahan bilangan pelajar yang
pesat, pada 1hb. Mac 1994 SMKBBS telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A.
Tahun 1999 merupakan tahun yang
amat bermakna dalam sejarah SMKBBS. Antara 90 buah sekolah yang terpilih untuk
perlaksanaan program Sekolah Bestari, SMKBBS merupakan salah sebuah antaranya.
Pelbagai program telah disusun oleh pihak pentadbiran sekolah sama ada
melibatkan guru-guru atau pun para pelajar untuk memastikan kejayaan
pelaksanaan Sekolah Bestari Perdana
Bertaraf 5 Bintang
OBJEKTIF SEKOLAH
· Mempertingkatkan pencapaian akademik ke
tahap yang lebih tinggi dalam keputusan PMR dan SPM.
· Meninggikan tahap ko-kurikulum pelajar.
· Mempertingkatkan prestasi disiplin
pelajar.
· Meningkatkan budaya penyayang.
· Berusaha memupuk nilai murni, memelihara
masyarakat sekolah agar sentiasa berada dalam keadaan
· harmonis dan bersatu padu.
· Berusaha untuk mencapai matlamat
wawasan Negeri Sembilan Darul Khusus dan Wawasan Negara
" Guru Bestari, Sekolah
Bestari".
Do you need a quick loan? Have you been denied a bank loan? Do you need a loan during this pandemic? interest rate of 3% no matter your location Do you need a loan to solve your financial problems? If so, then you are in luck because my company lends for a short time and the interest rate is low. If you are interested, Kindly reply to us at (Whats App) number:+918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com
ReplyDelete