SEKOLAH


SK Bandar Baru Serting(menumpang)

Bandar Seri Jempol

SMK Bandar Baru Serting

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting (SMKBBS) terletak dalam daerah Jempol. Bahau ialah bandar yang terhampir dengan jaraknya kira-kira 12km. Sekolah ini dibuka pada 1hb. Disember 1989. Pada peringkat awalnya, sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting yang terletak bersebelahan dengan lokasi sekolah sebenar sekarang. Bilangan guru ketika itu hanyalah seramai 13 orang. Manakala jumlah pelajar tingkatan 1 pada tahun pertama persekolahan ialah seramai 193 orang yang diagih-agihkan kepada enam kelas. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang.
Pada 1hb. Jun 1990, SMKBBS telah berpindah ke lokasi sekolah sebenar yang terletak di dalam kawasan pembangunan FELDA dengan keluasan kira-kira 16 ekar persegi. Pada awalnya, sekolah hanya mempunyai 3 buah bangunan setinggi 2 tingkat. Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah, mulai tahun 1992 SMKBBS telah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Sesuai dengan peningkatan jumlah pelajar, infrastruktur sekolah juga telah bertambah dengan pembinaan 3 buah bangunan baru iaitu sebuah bangunan setinggi 3 tingkat dan 2 buah bangunan setinggi 2 tingkat yang telah siap dibina pada pertengahan tahun 1994. Berdasarkan perkembangan fizikal dan pertambahan bilangan pelajar yang pesat, pada 1hb. Mac 1994 SMKBBS telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A.

Tahun 1999 merupakan tahun yang amat bermakna dalam sejarah SMKBBS. Antara 90 buah sekolah yang terpilih untuk perlaksanaan program Sekolah Bestari, SMKBBS merupakan salah sebuah antaranya. Pelbagai program telah disusun oleh pihak pentadbiran sekolah sama ada melibatkan guru-guru atau pun para pelajar untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari Perdana Bertaraf 5 Bintang













OBJEKTIF SEKOLAH

·  Mempertingkatkan pencapaian akademik ke tahap yang lebih tinggi dalam keputusan PMR dan SPM.
·  Meninggikan tahap ko-kurikulum pelajar.
·  Mempertingkatkan prestasi disiplin pelajar.
·  Meningkatkan budaya penyayang.
·  Berusaha memupuk nilai murni, memelihara masyarakat sekolah agar sentiasa berada dalam keadaan
·  harmonis dan bersatu padu.
·  Berusaha untuk mencapai matlamat wawasan Negeri Sembilan Darul Khusus dan Wawasan Negara
       " Guru Bestari, Sekolah Bestari".

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan