Tuesday, November 15, 2011

Bajet 2012 - Pengagihan Bantuan Persekolahan RM 100 berjalan lancar

Alhamdullillah, pengagihan bantuan persekolahan RM100 di smkbbs telah disampaikan kepada para pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Seharusnya pemberian ini diiringi dengan ucapan syukur kepada Tuhan. Dan sebagai tanda terima kasih atas pemberian dari Bajet 2012 ini, maka sewajarnya wang  yang diterima ini dibelanjakan secara bijaksana dan berhemah, iaitu untuk tujuan meringankan beban ibu bapa apabila menghadapi sesi persekolahan 2012 nanti.

 
 

Wednesday, November 9, 2011

Ceramah Hari Raya Qurban

Sempena Hari Raya Idul Adha, Panitia Pendidikan Islam smkbbs telah menganjurkan program ceramah agama. Program bermula jam 8.30 pagi. Penceramah undangan ialah Ustaz Ahmad Hilal Bin Hj Kasim, Pegawai Eksekutif Masjid Jamek Daerah Seremban. Dalam ceramah ini beliau telah menceritakan tentang peristiwa 'korban'  yang melibatkan Habil dan Qabil, diikuti dengan peristiwa semasa Nabi Ibrahim diminta mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail dan akhir sekali peristiwa korban yang dilakukan di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga meminta pelajar mengambil pengajaran dan iktibar daripada semua peristiwa yang berlaku. Majlis berakhir pada jam 10.30 pagi. Para pelajar kemudiannya dijamu dengan hidangan bubur lambuk.

Ustaz  Ahmad Hilal sedang menyampaikan ceramah
Pelajar tekun mendengar
Hidangan bubur lambuk yang menyelerakan
 
 
 
 

Jamuan Untuk Pelajar Tingkatan 5

Satu jamuan untuk pelajar tingkatan 5 telah diadakan pada 1 Nov 2011 yang lalu. Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar ini sebelum mereka meninggalkan sekolah ini. Dalam majlis ini, PK1, Puan Zainon telah memberi kata-kata perangsang kepada calon-calon SPM ini. Di samping itu, beliau mengingatkan pelajar agar menjadi manusia yang berbudi dan berakhlak walau pun tidak lagi menjadi pelajar sekolah ini. Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.

 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, November 2, 2011

Perkhemahan Mini Pasukan Seragam smkbbs 2011

Dengan  tema “ SEPAKAT MEMBAWA KEJAYAAN ”,  perkhemahan ini telah berjaya diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2011 di Padang SMK Bandar Baru Serting. Antara objektif program ini ialah melahirkan pelajar  yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum di samping  memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli  tentang  aspek perkhemahan secara menyeluruh.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Seramai 90 orang pelajar yang mewakili Bulan Sabit Merah, Bomba, JPA3, KRS, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis dan Puteri Islam, hadir dalam  program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Memasang Khemah, Malam Kebudayaan, Pertandingan Memasak, dan Kawad Kaki.

 
 
 
 
 

Johan keseluruhan ialah Bulan Sabit Merah yang menjuarai Pertandingan Masakan dan Persembahan Kebudayaan, di samping menjadi naib johan dalam acara Kawad Kaki. Naib juara keseluruhan ialah Kadet Bomba yang menjuarai Kawad Kaki dan menjadi naib juara acara pertandingan masakan. Tempat ketiga keseluruhan ialah JPA3. 

 

Dengan berjayanya perkhemahan unit uniform kali  ini, adalah diharapkan pada tahun berikutnya, aktiviti ini dapat dilaksankan lagi dengan lebih cemerlang.

Tuesday, November 1, 2011

Motivasi 'Rembatan Terakhir' untuk calon SPM 2011

Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling smkbbs ini telah berlangsung di Dewan Bestari pada 1 NOV 2011 dan dihadiri oleh calon-calon SPM 2011 sekolah ini. Objektifnya adalah untuk membina keyakinan  dalam diri pelajar, di samping mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sebelum peperiksaan SPM berlangsung. Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohamad bin Mohshin dari Alaf Training & Motivation, Seremban. Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.

Che' Mat sedang berinteraksi dengan pelajar
Antara calon SPM yang hadir


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan