Monday, February 29, 2016

KUNJUNGAN MESRA KETUA UNIT PENDIDIKAN SWASTA, SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA & PENDIDIKAN KHAS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2016

29 Februari 2016 - SMK Bandar Baru Serting
Tuan Haji Norazam Bin Haji Nayan, Pengetua SMK Bandar Baru Serting bersalaman dengan Encik Azlan Bin Mohd Lasim, Ketua Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

BENGKEL DATA SMPK SWASTA DAN BANTUAN YURAN DAERAH JEMPOL DAN JELEBU TAHUN 2016

29 Februari 2016 - Makmal EPU 1 SMK Bandar Baru Serting

PENGURNIAAN PINGAT KHIDMAT CEMERLANG MASYARAKAT KEPADA ENCIK KHAIRULSHAM BIN NOH GURU SMK BANDAR BARU SERTING TAHUN 2016

29 Februari 2016 - Istana Seri Menanti, Kuala Pilah
     Istiadat Pengurniaan Kali Ke - 2, Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Tahun 2016 sempena Hari Keputeraan Ke - 68,  D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Tahniah kepada Encik Khairulsham Bin Noh dan Isteri.

SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016

27 Februari 2016 - Dewan Banquet Seri Negeri Air, Keroh Melaka
    Majlis dirasmikan oleh Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah Binti Mansor. Seramai 2 orang pelajar dari SMK Bandar Baru Serting terpilih sebagai wakil Pandu Puteri Daerah Jempol yang mewakili Kontijen Pandu Puteri Negeri Sembilan ke program tersebut
  1. Ain Najwa Najihah Binti Zainal ( 2 Abrar )
  2. Ku Puteri Nurul Ain Binti Ku Mohd Khairulnizam ( 2 Abrar )
    Kedua-dua pelajar tersebut telah menginap di Bangunan Pandu Puteri Seremban pada 26 Februari 2016 untuk latihan aktiviti nyanyian dan bertolak ke Melaka pada pukul 6.15 pagi. Sampai ke Seremban semula jam 9.00 malam.

Tuesday, February 23, 2016

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan