Friday, September 28, 2012

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat PMR SPM

Majlis Bacaan Yassin dan Solat  Hajat ini telah sempurna diadakan pada 27 September 2012. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kerja-kerja melapah lembu dan memasak. Bacaan Yassin dan solat hajat pula bermula pada jam 6.30 petang. Program bermula dengan tazkirah, Solat Maghrib, Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Solat Isyak. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.
       Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Terima kasih kepada pengusaha kantin yang sudi mendermakan seekor lembu untuk majlis ini. Terima kasih kepada En Ishak dan Pn Hamidah, tuan rumah kerja-kerja memasak. Terima kasih kepada ibu bapa yang sama-sama membantu memasak. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan, sama ada makanan atau wang. Semoga usaha ini akan berjaya  meningkatkan kecemerlangan calon PMR dan SPM pada tahun ini. Insya Allah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, September 24, 2012

Mengoca Sebelum PMR 2012

Program Motivasi Calon PMR Siri 2 ini telah  berlangsung pada 22 September 2012, Sabtu,  bertempat di Homestay Kg Lonek, Batu Kikir, N. Sembilan. Matlamat program ini adalah untuk mengurangkan tekanan kepada calon PMR 2012 sebelum peperiksaan berlangsung. Pelbagai aktiviti diatur antaranya ialah aktiviti 'mengoca',   F1 Kg Lonek, Tarik Upih dan boling kelapa.  Refleksi Diri dan aktiviti kerohanian juga telah diadakan. Program ditamatkan pada jam 6.00 ptg. Adalah diharapkan para pelajar telah dapat mengurangkan  stress. Harap-harap tiada pelajar yang gatal-gatal kulit akibat aktiviti mengoca!

 
 
 
 
 
 
 

Sunday, September 23, 2012

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Majlis telah berlangsung pada 19 September 2012 mulai jam 7.40 pagi. Program ini diadakan di Anjung Khadijah dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua smkbbs, Pn Norhayati Mat Noor. Dalam ucap utama, beliau mengajak semua pelajar menghargai dan mengekalkan nikmat kemerdekaan yang dikecapi sekarang.
       Acara penyampaian hadiah untuk pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan, juga telah diadakan. Antaranya hiasan bilik terbaik, banner terbaik, permainan congkak dan lain-lain.
          Acara kemuncak ialah Forum Kemerdekaan. Tetamu yang diundang ialah Tuan Hj Mat Som, mantan Pengetua SMK Seri Jempol. Melalui forum ini, beliau mengingatkan pelajar tentang erti kemerdekaan dan mengulas tentang kejatuhan pemimpin-pemimpin dunia Islam hasil peranan yang dimainkan oleh kuasa-kuasa asing. Majlis berakhir pada jam 9.20 pagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan