Monday, October 25, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun Ting 1 dan 2 Sudah Bermula

Bermula hari ini, 25 Oktober 2010, peperiksaan akhir tahun bagi pelajar Tingkatan 1 dan 2 bermula dan akan berakhir pada 29 Oktober ini. Sementara itu, semua pelajar Tingkatan 4 sudah memulakan jadual peperiksaan pada minggu lepas dan berakhir pada Khamis ini.


Kepada semua pelajar selamat menjawab soalan.

Friday, October 15, 2010

Program Selepas PMR - Pendidikan Islam

Program selepas PMR terus bersemarak dengan pelbagai aktiviti. Antara program yang telah berlangsung  ialah Program Tayangan Video Pengurusan Jenazah serta Pertandingan Azan  Qamat untuk pelajar lelaki dan Pertandingan Qamat untuk pelajar perempuan. Semua aktiviti ini berlangsung di Surau SMKBBS di bawah pengelolaan Panitia Pendidikan Islam SMK Bandar Baru Serting.

Thursday, October 14, 2010

Lagi Program Selepas PMR Bidang BTV

Perhatian semua pelajar Ting 3...

Program Selepas PMR semakin menarik...

18 Oktober 2010 - Persediaan "Battle Of The Chefs"
19 dan  21 Oktober 2010 - "Battle Of The Chefs"

26 Oktober 2010 - Variasi Puding

28 Oktober 2010 - Gubahan Bunga & Peranggu Meja

Datanglah beramai-ramai, duduk di rumah tentu membosankan!

Program Selepas PMR

Seronoknya sesudah selesai PMR. Bahang di kepala sudah beransur hilang. Walau pun peperiksaan sudah berakhir, namun tanggungjawab sebagai pelajar perlu diteruskan. Pelajar perlu terus hadir  ke sekolah. Pelbagai program diatur supaya pelajar seronok datang ke sekolah. Antaranya ialah kegiatan sukan, gotong-royong, lawatan, pertandingan dan ceramah kerjaya.

Antara program yang telah berlangsung  adalah program gotong-royong di Bengkel Kemahiran Hidup di bawah kelolalaan Bidang Teknik dan Vokasional



Gotong-royong ini diikuti dengan program memasak. Alahai.. kalau hari-hari macam ini pun tak mengapa kan!
Kepada semua pelajar PMR, selamat menambah ilmu dan pengalaman yang baru.

Thursday, October 7, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Ting 1,2,dan 4

Jadual Peperiksaan Ting 4

18 Oktober 2010
B.M 1 dan BM 2

19 Oktober 2010
Sivik, BI 1 dan BI 2

20 Oktober 2010
Sejarah 2, Sejarah 1, PJK

21 Oktober 2010 
Pend Islam 1, Pend Moral, Pend Islam 2
22 Oktober 2010 
Matematik 2, Marematik 1

25 Oktober 2010
 Chemistry 1, Ekonomi Asas 1, Chemistry 3, Sains PertanianChemistry 2, Ekonomi Asas 2, Kesusasteraan Melayu Sains Pertanian 2,  Katering dan Penyajian, Lanskap dan Nurseri

26 Oktober 2010 
Add Math 2 / Information & Communication Technology ,  Perdagangan 1, Pendidikan Seni Visual 1, Add Math 1, Perdagangan 2, Pendidikan Seni Visual 2

27 Oktober 2010
Biologi 1, Science 1, Biologi 3, Biologi 2, Science 2

28 Oktober 2010 
Fizik 1, Prinsip Perakaunan 1, Fizik 3, Fizik 2, Prinsip Perakaunan 2


Tingkatan 1 dan 2

25 Oktober 2010 : BM 2, BM 1, Sejarah, P Muzik / PSV1
26 Oktober 2010 : BI 2, BI 1, Pend Islam, Pend Moral
27 Oktober 2010 : Science 2, Science 1, Geografi, PJK
28 Oktober 2010 : Math 2, Mathe 1, Kemahiran Hidup
29 Oktober 2010 : Sivik, PSV 2



Perkampungan Ilmu Menjelang SPM

Perkampungan Ilmu untuk semua calon SPM 2010 akan diadakan pada 1, 8, 9, 15, 22, 23, 29, dan 30 Oktober 2010. Perkampungan ini melibatkan semua kelas peperiksaan dan meliputi semua subjek. Sila rujuk jadual program untuk mengetahui subjek yang terlibat pada tarikh-tarikh berkenaan.

Perkampungan ilmu ini diadakan pada Jumaat dan Sabtu. Oleh itu kepada semua calon, pastikan hujung minggu anda tidak diganggu dengan program yang lain. Guru-guru sedia mengorbankan cuti hujung minggu mereka. Anda juga perlu berbuat demikian.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan