Thursday, August 30, 2012

Majlis Khatam Quran & Sambutan Hari Raya

Majlis tersebut telah berlangsung pada 29 Ogos 2012, bermula jam 11.00 pagi, bertempat di Dewan Bestari. Antara jemputan yang hadir ialah AJK PIBG smkbbs. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Lilah Hj Yasin, Ahli Parlimen Jempol. Majlis bermula dengan program Khatam Al Quran yang diwakili oleh wakil Pentadbir, Guru, Pekerja, Pekerja Swasta dan pelajar.
      Antara inti pati ucapan YB Dato' Lilah ialah meminta semua pihak agar menjadikan Al Quran sebagai pegangan hidup. Membaca Al Quran pula perlu dijadikan amalan harian. Beliau juga menggesa semua pihak agar mengekalkan keharmonian serta keamanan hidup yang dikecapi sekarang. YB Dato' juga bersetuju membiayai majlis seumpama ini pada tahun hadapan. Terima kasih banyak-banyak Dato'..
      Beliau juga telah sudi  menyampaikan cenderahati kepada peserta Khatam Al Quran dan hadiah hari jadi kepada guru dan pelajar yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos. Majlis berakhir dengan jamuan hari raya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, July 18, 2012

Anugerah Guru Inovatif 2012


Sekalung tahniah kepada Cikgu Shaik Abdul Rahim B. Shaik Akbar telah menerima Anugerah Guru Inovatif Tahun 2012.Majlis telah berlangsung Perhimpunan Hari Guru Peringkat Daerah Jempol & Jelebu, 28 Jun 2012 di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol.Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Dato' Shamshulkahar Bin Mohd Deli ADUN Serting Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi.


Wednesday, July 11, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1M1S

10 Julai 2012 - Tepat jam 8.00pg, 591 orang pelajar berserta guru smkbbs telah bersama-sama 3,659,989 pelajar serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melakukan senamrobik dalam program Senamrobik Serentak. Program ini disertai juga oleh Pegawai PPD Jempol/Jelebu, Pengetua smkbbs dan juga penolong kanan serta guru-guru kanan. Program berakhir pada jam 10.00 pagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

'Stop Motion' - PTPL MSU

Pada 28 Jun 2012, pelajar-pelajar ICT tingkatan 4 dan beberapa ahli Briged Bestari telah diberi pendedahan tentang 'stop motion' yang banyak digunakan dalam pembuatan iklan di tv atau media lain. Kursus ini telah diberikan oleh tenaga pengajar fakulti multimedia PTPL Seremban. Kursus seperti ini ditawarkan oleh Kolej PTPL kepada pelajar lepasan SPM. Para pelejar telah didedahkan tentang cara-cara penghasilan bahan yang kreatif, penggunaan kamera dan juga penggunaan perisian untuk menghasilkan movie. Pada akhir kursus, hasil kerja pelajar telah dipersembahkan. 

 
 
 
 
 
 
 
 

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan