Thursday, April 4, 2013

Keputusan SPM 2012

Pada 21 Mac 2013 telah berlangsungnya pengunguman keputusan Sijil Pelajarn Malaysia Bagi tahun 2012 di Dewan Bestari,kehadiran pelajar dan ibu bapa turut memeriahkan majli tersebut.











Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 24

Pada 19 Mac 2013 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke -24,majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato' Shamshulkahar Bin Haji Mohd Deli DPNS ,PMC, PJK ADUN Kawasan Serting.





Wednesday, March 13, 2013

Pesta Pantun 2013 Daerah Jempol

Tahniah kepada pasukan pemantun smk Bandar Baru Serting kerana telah berjaya menjadi Juara Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Jempol 2013. Pemantun-pemantun sekolah ini telah berjaya mengalahkan pasukan pemantun dari Sekolah Integrasi Jempol (Intej) dalam perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Bestari smk Bandar Baru Serting.
Tahniah juga kepada Pasukan Bicara Berirama smkbbs yang juga telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut pada minggu lepas. Tahniah.. Didoakan kedua-dua pasukan akan berjaya dalam pertandingan seterusnya. Insya Allah.

Pendaftaran Peserta
Che Nurfarah, Normala , Aida Balqis, Nursyahira, Pn Ashaliza, & Farid 
Juru Pantun sedang mengendalikan pertandingan
Antara penyokong smkbbs
Suasana hangat Peringkat Akhir - smkbbs -vs- intej
Pemantun smkbbs beraksi
Audien dan tetamu khas semasa pertandingan akhir
Persembahan Juara Bicara Berirama Daerah Jempol 2013- smkbbs
Antara hakim yang menerima cenderahati
Pemantun Terbaik - Nursyahira bt Sulaiman (smkbbs)
pemantun smkbbs menerima hadiah
Bersama guru pembimbing
Antara tulang belakang pengerak pertandingan ini


Monday, February 18, 2013

Penyerahan Watikah Skuad Nilam, Pengawas PSS, dan Pengawas Sekolah

Majlis ini telah berlangsung pada 18 Feb 2013 bertempat di Dewan Bestari. Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Bahau, Deputi Superintendan Tukiman Seriman. Kepada semua pelajar yang dilantik, selamat menjalankan tugas dengan tekun, amanah, dan bertanggungjawab.

Ucapan Wakil Pengawas
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ikrar Pengawas
 
Skuad Nilam
 
Pengawas PSS
Pengawas sekolah



Monday, February 4, 2013

Lesson Study (LS) - Bidang Bahasa

Pada 1 Feb 2013 lalu telah diadakan LDP untuk bidang Bahasa.  Selama ini LS telah banyak dipraktikkan dalam subjek Matematik dan Sains, dan kali ini cuba dipraktikan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.   Taklimat telah disampaikan oleh Cik Norshahida Shaharim, Pegawai Bahasa PPD Jempol Jelebu. Program yang bermula jam 3.00 ptg ini berakhir pada jam 4.30 ptg. Rumusan dari program ini ialah untuk menghasilkan LS yang mempunyai dua kitaran iaitu kitaran 1 bermula 1 Feb sehingga 23 Mei 2013 dan kitaran 2 akan bermula pada 10 Jun sehingga 31 Okt 2013. Penyelaras program ini telah diamanahkan oleh Ketua Bidang Bahasa kepada GC Bahasa Melayu, Pn Zazliza.

Cik Norshahida menyampaikan taklimat
 
 
 
 
 
 

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan