Tuesday, September 24, 2013

Pemantauan Akademik Dari Pejabat Pelajaran Daerah Jempol Jelebu

24 September 2013 - SMK Bandar Baru Serting
      Pemantauan Akademik Dari Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Jempol Jelebu,ke SMK Bandar Baru Serting,Bebrapa orang pegawai dan guru yang telibat,tahniah kepada para guru SMKBBS


Wednesday, September 18, 2013

Kursus Juruteknik - Proxy Server

18 - 19 September 2013 - Pusat Kegiatan Guru Tanjung Ipoh

    Kursus berkenaan proxy server,menggunakan Linux berlangsung dengan jayanya di PKG Tanjung Ipoh ,yang dihadiri lebih kurang 20 orang dikalangan juruteknik sekolah dan PKG sendiri dari Kawasan Sekitar Kuala Pilah dan Jempol Jelebu.Tahniah dan terima kasih kepada Pihak BTPNS dengan kerjasama Juruteknik PKG Tanjung Ipoh kerana telah berjaya mengadakan kursus ini,semoga ilmu yang dikongsi bersama ini bermanafaat kepada semua yang terlibat.



Friday, September 13, 2013

Latihan Kebakaran 2013

13 September 2013 Jumaat

      Telah diadakan latihan kebakaran kepada semua warga sekolah bagi menghadapi situasi yang tidak diundang.Semua yang terlibat diberi masa yang telah ditetapkan untuk tiba di tapak perhimpunan.tahniah kepada warga SMKBBS yang telah berjaya dalam latihan ini.

 

Thursday, September 5, 2013

Program Tingkatan 3 Siri 2/2013

04 September 2013 - Berhulu Camp Hutan Lipur Serting Hulu

   Aktiviti bagi pelajar tingkatan 3 di Berhulu Camp hutan lipur Serting Hulu,diadakan pada 4 september 2013 bermula seawal jam 8.00 pagi hingga petang.Seramai 140 pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut beserta 10 orang guru pengiring,antara aktiviti yang dijalankan seperti Ceramah Motivasi,Jungle Tracking,Water Confident,Berakit dan Rempuh Halangan.Tahniah kepada pelajar dan guru yang telah berjaya menjalani aktiviti tersebut sehingga selesai.Semoga tahun hadapan dapatlah dijalankan lagi aktiviti sebegini.

LDP Bersama SK (F) Bandar Baru Serting (FROG VLE)

04 September 2013 - Makmal MBM MBI SMK Bandar Baru Serting.
       Telah diadakan Latihan dalam perkhidmatan bagi FROG VLE (Virtual Learning Enviroment) bersama SK (f) Bandar Baru Serting,bertempat di makmal komputer MBM MBI SMK Bandar Baru Serting yang dihadiri seramai 43 orang guru,Terima kasih kepada Guru dan Pelajar dari SMK BBS yang turut membantu dalam menjayakan program ini.Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi bersama-sama dalam menjayakan lagi misi KPM  merealisasikan pembelajaran secara maya.



Tuesday, September 3, 2013

PBS Sains Tingkatan 1

03 September 2013 - Makmal Sains 2 SMK Bandar Baru Serting

Tajuk : Ketumpatan (Kapal Selam)



Tahniah kepada Guru dan pelajar yang telah melaksanakan PBS ini dengan jayanya.


      
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan