Thursday, October 3, 2013

PMR 2013

2 Oktober - 9 Oktober 2013 - Dewan Bestari SMKBBS
  Selamat menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Bagi Tahun 2013 kepada 143 orang calon yang bermula hari ini.Kami para guru mendoakan kejayaan anda.




Friday, September 27, 2013

MAJLIS IZIN ILMU PMR 2013

27 September 2013 - dewan Bestari SMKBBS
      Pagi ini telah berlangsung Majlis Izin Ilmu bagi 143 org pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Tahun 2013 pada minggu hadapan.Majlis diadakan setelah selesai bacaan yasin.Antara acara majlis adalah ucapan daripada wakil pelajar tingkatan 3,wakil guru yang mengajar tingkatan 3 dan Pengetua SMK Bandar Baru Serting.
Wakil Pelajar Tingkatan 3
Wakil Guru Tingkatan 3
Pengetua

MAJLIS BACAAN YAASIN, DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT CALON PMR DAN SPM 2013

26 September 2013 - Masjid Tuanku Muhriz

   Anjuran Masjid Tuanku Muhriz dengan kerjasama SMK Bandar Baru Serting dan SMK Seri Jempol

1. Mendoakan kejayaan calon PMR dan SPM 2013.
2. Merapatkan hubungan silaturahim antara calon, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
3. Mengimarahkan masjid
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

AJK Masjid Tuanku Mukhriz,
Warga SMK Bandar Baru Serting,
Warga SMK Seri Jempol,
PIBG SMK BBS,
Semua Ibu, bapa dan Penjaga,
serta
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Hanya Allah yang dapat membalasnya.


Thursday, September 26, 2013

PROGRAM KUNJUNG MESRA KASIH PMR 2013

26 September 2013 - Pusat Sumber SMKBBS

      Program kunjung mesra kasih PMR 2013,yang berlangsung pagi ini di Pusat Sumber Sekolah dihadiri oleh Guru & Pelajar Tingkatan 3.Para pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah PMR pada tahun ini.Kunjungan dari Tuan Haji Nordin Bin Ideris Penolong Pegawai Pelajaran Daerah yang mewakili PPD Jempol Jelebu amatlah dihargai oleh pihak sekolah.Terima kasih diucapkan.



Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan