Friday, September 23, 2011

Lawatan Bench Mark SPS ke SMK Dato' Sri Amar Di Raja, Muar

Pada 21 September 2011, 12 warga sekolah ini telah melakukan lawatan sambil belajar ke SMK Dato' Sri Amar Di Raja, (Sedar) Muar. Lawatan ini bertujuan untuk  melihat dan mendengar penerangan tentang  penggunaan SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) di sekolah ini. Sekolah ini telah dikenalpasti sebagai salah sebuah sekolah harian biasa yang telah berjaya melaksanakan penggunaan SPS.
       Rombongan ini disertai juga oleh guru-guru dan kaki tangan dari SMK Dato Sedia Raja, Rembau. Ketibaan ahli rombongan telah disambut oleh Tuan Pengetua sekolah ini iaitu Tuan Zulkifli Bin Ismail, guru-guru Penolong Kanan, GPB sekolah ini iaitu Encik Choo Loy Yeow, serta dimeriahkan dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek muzik di sekolah ini.
          Setelah menikmati juadah istimewa, ahli rombongan diberi taklimat oleh GPB Sedar. Sebelum itu, Tuan Pengetua Sedar, Tuan Zulkifli Ismail telah menceritakan tentang pengalaman beliau melaksanakan SPS di sekolah ini. Sesi taklimat dan  soal jawab berlangsung sehingga jam 2.00 petang. 
          Semua ahli rombongan sekali lagi dijamu dengan makan tengahari.
         Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Sedar, Tuan Zulkifli B Ismail, Penyelaras Bestari serta semua warga SMK Dato' Sri Amar Di Raja di atas kesudian menerima kedatangan kami. Jutaan terima kasih juga diucapkan di atas layanan, dan tunjuk ajar yang diberi.  Budi baik warga SMK Dato' Sri Amar Di Raja amat-amat kami sanjung dan hargai. Insya Allah semua tunjuk ajar akan cuba dilaksanakan. Terima kasih.

Warga SMKBBS  sampai di Sedar pada jam 10.15 pagi
Pengetua Sedar mengalu-alukan kedatangan
Menikmati jamuan
Bergerak ke Bilik Mesyuarat
Tuan Pengetua Sedar  menyampaikan ucapan
Encik Choo sedang  memberikan penerangan
Serius mendengar penerangan
 
Raut wajah menceritakan segalanya..


No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan