29 Ogos 2013 - Galeri Sejarah SMK Bandar Baru Serting
Terima kasih diucapkan kepada Dato' Hj Sudin Bin Kamari dan Tuan Hj Misan Bin Mastor daripada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan,kerana sudi hadir melawat dan menilai Galeri Sejarah Sekolah kami,serta memberi komen dan pendapat kepada pihak kami.
Thursday, August 29, 2013
Wednesday, August 21, 2013
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & JAMUAN HARI RAYA IDUL FITRI 2013
21 Ogos 2013 - Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting
Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak terhingga terhadap rahmat
dan nikmat Allah s.w.t kepada seluruh warga SMK Bandar Baru Serting kerana dapat menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya 2013. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif melaksanakan program khatam al-Quran peringkat sekolah bagi meraikan anak didik yang telah tamat 30 juzuk bacaan al-Quran di sekolah.Di samping itu, sambutan Aidilfitri peringkat sekolah juga telah menjadi sambutan tahunan di SMKBBS. Semua warga SMKBBS meraikan Syawal bersama-sama dengan meriah dengan pakaian yang berwarna-warni dan hidangan yang enak. Semoga Syawal yang dirai tidak melupakan Ramadhan yang pergi.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved