Wednesday, May 2, 2018

KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KETUJUH TAHUN 2018 (ANJURAN PENGAKAP LAUT KEBANGSAAN DENGAN KERJASAMA JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA)

27 - 29 April 2018 - Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Rompin, Pahang
       Pada 27-29 April 2018 yg lalu bertempat di Pulau Tinggi, Mersing Johor, seramai 4 orang ahli Pasukan Pengakap Laut Dan seorang pemimpin, Pn Siti Rafidah binti Jas telah menyertai Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ketujuh. Seramai 120 orang ahli pengakap laut Dan 30 orang pemimpin yang terdiri daripada 12 kontijen negeri-negeri di Malaysia termasuk negeri Sarawak telah mengambil bahagian.
       Sepanjang 3 hari perkhemahan pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya istiadat colors, marine debris, snorkeling, scuba diving, operasi asas menyelamat di laut, kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan laut dan ilmu tentang taman laut telah diadakan oleh Persatuan Pengakap Malaysia, Tentera Laut Di Raja Malaysia Dan Jabatan Taman Laut Malaysia.
       Selain itu, kuiz Pendidikan Marin juga turut diadakan. Alhamdulillah ahli pengakap sekolah Kita berjaya memperolehi Johan dan tempat ketiga dalam kuiz tersebut.

  1. Johan : Aiman Maziz bin Mohd Mustatafa (3 Abrar), Muhammad Zaini Ariff bin Amzarie (3 Abrar),Amirul Haziq bin Nor Hasfeizzal (3 Abrar)
  2. Tempat ketiga : Nur Erdina Raquisha binti Zainal Abidin (2 Abrar)

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan