Pada 22-25 November 2019 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya dan Pengkalan Polis Marin Putrajaya telah diadakan Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 bagi tahun 2019. Seramai 9 orang ahli pengakap laut sekolah iaitu Aiman Maziz, Amirul Haziq, Zaini Arif, Isyraf, Syed Husin, Hakimuddin, Erdina Raiquisha, Rabiatul Addawiyah dan Nurul Jannah diiringi seorang pemimpin pengakap laut iaitu Cikgu Siti Rafidah telah berkampung selama 4 hari 3 malam di Putrajaya mewakili Kontijen Negeri Sembilan. Beberapa aktiviti dan pertandingan telah diadakan. Alhamdulillah pasukan sekolah berjaya menempatkan diri memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan.
1. Johan kayak berpasangan kategori pemimpin perempuan
(Cikgu Rafidah).
2. Ketiga kayak individu kategori pengakap remaja lelaki
(Isyraf).
3. Ketiga kayak berpasangan kategori pengakap remaja lelaki
(zaini).
4. Ketiga regatta pengakap remaja lelaki (haziq)
No comments :
Post a Comment